in

Banduan Diambil Bekerja Angkat Mayat Mangsa COVID 19 Dengan Upah RM8 Sejam di Amerika Syarikat

Mayat Banduan Angkat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Min tak tahu lah nak cakap sama ada perkara ini berperikemanusiaan atau tidak tetapi di El Paso, Amerika Syarikat (AS), banduan telah bayar AS$2 bersamaan RM8 sejam untuk memindahkan mayat pesakit COVID 19 dari bilik mayat yang sesak ke treler sejuk beku.


Menurut Harian Metro, banduan-banduan ini dipakaikan kelengkapan perlindungan diri seperti sarung tangan, pelitup muka dan kaca mata pelindung untuk pindahkan mayat tersebut ke dalam enam treler yang diparkir di luar pejabat pemeriksa perubatan.

201116160107 01 El Paso Inmates Trailers Exlarge 169

 

Sekiranya tiada orang yang dapat menolong, walaupun mereka adalah banduan tidak mengapa kerana itu sahaja yang kita ada,” kata Hakim Daerah El Paso, Ricardo Samaniego.

Wabak COVID 19 telah menyebabkan satu malapetaka buruk kepada bandar-bandar besar dan kecil di Texas dan seluruh AS tetapi El Paso antara yang teruk terjejas.

Dengan anggaran 680,000 penduduk, meskipun kecil berbanding Houston, San Antonio dan Dallas, namun satu daripada enam warga Texas katanya telah dirawat di hospital El Paso disebabkan COVID 19.

201111113526 03 Texas Coronavirus 1110 Full 169

Kini kira-kira 1,050 pesakit di bandar itu yang mengambil kira-kira separuh daripada katil di hospital yang sesak. Kes COVID 19 di El Paso juga telah meningkat dalam 242 peratus dalam tempoh dua bulan ini.

Pada hari Rabu sahaja, dilaporkan lebih 77,000 kes positif COVID 19 dengan 804 kematian. Allahu… 

Pakar perubatan mengatakan kadar positif ujian Covid-19 yang berada dalam kedudukan lima peratus atau lebih tinggi adalah membimbangkan, namun El Paso sudah melebihi tahap itu iaitu pada 19 peratus.

Setahun lalu, El Paso dikenali sebagai antara bandar Amerika Syarikat paling selamat kini mempunyai kisah ngeri dan tragedi akibat wabak pandemik itu.

Semoga mereka di sana bertabahlah… 

Baca: Amerika Syarikat Tak “Goyang”, Kembali Buka Disney World Walaupun Catat 60,000 Kes Baharu Covid-19

Dusney

Sumber: CNN
Sumber: CNN

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.