in

“SOP irritating gila doh pakai benda tu” – Dikecam Teruk Ketika Beri Ucapan Juara GV7, Cliff Umar Mohon Maaf

Cliff4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Konsert akhir Gegar Vaganza 7 telah pun melabuhkan tirainya selepas Cliff Umar diumumkan sebagai juara malam tadi.


Sepanjang konsert itu berlangsung keadaan di media sosial terutamanya di Twitter begitu rancak memberikan komen dan kritikan terhadap persembahan setiap penyanyi legenda yang bertanding.

Namun begitu, perhatian tertumpu kepada kemenangan penyanyi lagu Wanita Seluruh Dunia itu selepas mengeluarkan kenyataan yang membuat ada netizen kurang senang selepas dia dinobatkan sebagai juara malam tadi.

 

Tak ah pasal SOP, irritating gila doh pakai benda tu”

Umumnya, ketika dunia sedang dilanda dengan wabak pandemik ini, sudah semestinya SOP seperti jaga penjarakan dan memakai alat pelindungan seperti pelitup muka haruslah dipatuhi.

Dapat dilihat semalam, kesemua peserta memakai pelindung muka saat menunggu keputusan, dan memang satu perkara normal dalam mana-mana program sekalipun pemenang atau mereka yang dinobatkan sebagai juara harus memberikan ucapan.

Namun, memandangkan tahun ini ada kelainan sedikit dan menyukarkan pemenang memberi ucapan, Cliff Umar ada terlepas cakap yang buatkan orang ramai sedikit terkejut dan tergamam apabila mendengarnya.

Ia sekaligus mendatangkan kemarahan warganet di Twitter malam tadi.

Cliff Cliff2 Cliff3

 

Saya minta maaf, bukan maksud saya nak memeprlekehkan SOP” – Cliff Umar

Menerusi Gempak, vokalis kumpulan Projek Pistol itu telahpun membuat permohonan maaf secara terbuka. Katanya, dia tak bermaksud memperlekehkan SOP tetapi pelindung muka itu yang membataskannya untuk memberikan ucapan.

“Saya minta maaf jika ada yang tersinggung. Bukan maksud saya untuk memperlekehkan atau tidak bersetuju dengan SOP. Tetapi saya merujuk kepada pelitup muka itu mengganggu apabila saya nak bercakap, bukan kerana saya tidak bersetuju dengan SOP atau apa.”

“Saya tidak bermaksud nak buat mana-mana pihak terasa hati, sekali lagi saya mohon maaf”

Bahkan, netizen ada yang memahami apa yang cuba nak dimaksudkan sebelum Cliff mengeluarkan kenyataan ini.

Cliffumar Cliffumar2

Cliff Umar dinobatkan sebagai juara GV7, Muss naib juara, Ayu Damit di tempat ketiga, Noraniza Idris tempat keempat, Linda Nanuwil kelima diikuti dengan Oja dan Ashira ditempat keenam dan ketujuh.

 

Baca : “Gelak je baca komen netizen” – Sering Dikecam Sejak Masuk Gegar Vaganza 7, Noraniza Idris Baca Komen Netizen Untuk Hilangkan Stress

Ani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.