in

“Solat tak sah” – Pernah Viral Pasangan Kekasih Solat Jemaah Secara ‘Online’, Ini Komen Dr Zul…

Collage 69

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, agak kecoh di media sosial bila tular satu video menunjukkan pasangan kekasih melakukan solat berjemaah bersama,

Video berdurasi 24 saat yang dimuat naik di laman TikTok itu menunjukkan seorang remaja lelaki telah menjadi imam kepada teman wanitanya yang dibuat secara online menerusi panggilan video.


Tindakan dua remaja ini telah menyebabkan ramai orang mempersoalkan niat di sebalik content ini dan turut merasakan seperti mempermainkan agama.

Malah Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad al-Bakri turut memberikan komen mengenai video tersebut. Menurutnya, solat yang ditunaikan oleh pasangan kekasih ini tidak sah kerana tak memenuhi syarat-syarat sah imam dalam solat berjemaah, lapor Kosmo.

51628745142 Datukdrzulkiflimo

Justeru, tidak boleh menunaikan solat berjemaah melalui siaran langsung di televisyen atau radio atau secara dalam talian kerana ia tidak mencapai maksud seperti dikehendaki syarak.

“Tujuan pensyariatan solat Jumaat dan solat berjemaah ialah menghimpunkan manusia.”

Selain itu, Dr Zul turut menasihati orang ramai untuk berhati-hati dalam soal agama dan rujuk kepada alim ulama sekiranya mempunyai sebarang persoalan.

Sebelum ini juga, pendakwah bebas Furqan Fawwaz turut menegur pasangan tersebut dan menganggap perbuat itu seperti mempersendakan Islam.

https://www.instagram.com/p/Ca1wTwrpFkl/

Kita solat untuk minta pada Allah supaya dijauhkan daripada musibah tapi korang buat pula ‘content’ pergi mintak musibah. View makin banyak.

“Kita tegur supaya anak-anak kita tidak terikut-ikut dengan ‘content’ nak kejar populariti sampai sanggup buat apa saja.”

Biarlah berpada-pada bila buat content tu.

 

Baca: “Memang lah Islam tu mudah, tapi ini dah melampau” – Solat Tarawih Secara Online Tak Sah : Menteri Hal Ehwal Agama

Feature 3 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.