Tak disangka-sangka, nama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun trending di Twitter gara-gara menjadi perbualan netizen ramai.
Menerusi perkongsian beberapa netizen di Twitter, menteri ini telah tampil dengan penampilan terbaru yang menampakkannya lebih kurus dan bergaya daripada dahulu.
https://twitter.com/jnmalaysia/status/1358957639774834689
Penampilannya itu telah mendapat pujian netizen ramai sehinggakan ramai yang tak kenal beliau ni Rina Harun dan merasa tercabar kerana menteri yang sibuk pun ada masa untuk kuruskan badan.
“Lain gila masa dolu2. She looks good!”
Perubahan Rina telah mendapat pujian ramai netizen sebab tak sangka beliau mampu kurus dalam tempoh masa yang singkat. Malah ada juga yang merasa terinspirasi untuk kekal sihat dan berusaha kuruskan badan.
Sebelum ini, menteri tersebut pernah disahkan positif COVID 19 pada awal Januari lepas dan ini adalah penampilan terbarunya selepas jarang muncul di media sosial serta di kaca TV.
Apa-apapun kita ucapkan tahniah buat menteri ini dan semoga dapat jalankan tanggungjawab dengan baik.