in

“Saya merayu kepada rakyat M’sia, jangan cuba apa jenis pun ubat kurus. Semuanya SAMPAH”- Dr Rafidah

Featured 15

Dr Rafidah sememangnya dikenali dengan individu yang lantang dan terbuka berkongsi pandangan dan ilmunya mengenai dunia perubatan khususnya di laman twitter.

Terbaharu dia ada berkongsi satu posting seorang individu di twitternya mengenai pengalaman individu tersebut setelah mengamalkan produk kurus.

Saya merayu kepada rakyat Malaysia agar jangan cuba apa jenis pun “ubat kurus”. Semuanya SAMPAH.

Ubat Kurus

Menjelas lanjut Dr Rafidah berkata ubat kurus yang menyebabkan individu boleh berasa berdebar, berkemungkinan mengandungi bahan terlarang sibutramine.

Justeru Dr Rafidah meminta kepada semua rakyat Malaysia untuk tidak mengamalkan atau mengambil sebarang jenis ubat kurus kerana ia tidak baik untuk kesihatan.

Rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan diberikan Dr Rafidah malah ada antara mereka yang berkongsi pengalaman masing-masing.

 

Baca : Pakar Perubatan Tuduh China Sembunyi Fakta Sebenar COVID-19

Baca 15

Sumber: twitter