Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta orang ramai menghentikan penyebaran klip video adik-beradik yang maut akibat terkena renjatan elektrik di rumah mereka yang dinaiki air di Kelantan.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh badan tersebut memberitahu ia bertujuan menghormati privasi dan perasaan ahli keluarga mangsa yang masih hidup.
Selain itu, pihak itu turut menambah bahawa mereka akan berhubung dengan platform-platform media sosial seperti Meta, Twitter dan TikTok dalam usaha mengekang penularan video berkaitan.
https://www.facebook.com/SuruhanjayaKomunikasiMultimediaMalaysia/posts/pfbid02ywFhZfP622kHaVpckfXiSDcV51JYbtULCoaVM3YJoCngiNahfBZHH7DrzZXGgB9Ul
“Orang awam digalakkan untuk sentiasa mengawal selia kendiri dan peka tentang kandungan yang mereka terima atau dikongsi secara dalam talian, sama ada melalui aplikasi WhatsApp ataupun rakaman video di media sosial,” tulis kenyataan tersebut.
Pihak SKMM juga menggalakkan pengguna media sosial untuk membuat laporan secara terus terhadap kandungan sensitif dan tidak sesuai untuk tatapan umum kepada penyedia platform.
Sebagai info, sebuah video telah tular yang memaparkan tiga beradik perempuan maut, dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di luar rumah mereka yang dilanda banjir di Kampung Bendang Surau, Morak, Kelantan semalam.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 11.45 pagi meragut nyawa mangsa yang berusia antara 20 hingga 27 tahun.
Baca: Banjir Kelantan: 3 Beradik Maut Terkena Renjatan Elektrik