in

Siti Sarah Dimasukkan ke ICU Kerana Tahap Oksigen Tidak Stabil, Shuib Mohon Doa Netizen

Siti Sarah Masuk Icu Covid 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada minggu lalu, penyanyi Siti Sarah Raisuddin, suami, Shuib Sepahtu dan tiga orang anak mereka telah disahkan positif COVID 19.


Meskipun sedang menjalani tempoh kuarantin dan sepatutnya ‘potong gelang’ semalam, Siti Sarah yang kini sedang hamil tujuh bulan dikejarkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) berikutan tahap oksigen yang menurun.

Situasi itu telah dimaklumkan Shuib menerusi akaun Instagramnya petang semalam.

 

Siti Sarah dimasukkan ke ICU 

Walau bagaimanapun, Shuib pada pagi ini memaklumkan bahawa isterinya telah dimasukkan ke ICU disebabkan tahap oksigen yang tidak berapa stabil, di samping keadaan Siti Sarah juga tidak berapa baik.

Oleh itu, Shuib memohon kepada netizen dan sesiapa yang mengenalinya untuk mendoakan yang terbaik buat Sarah dan anak di dalam kandungan semoga mereka kuat dan dipermudahkan urusan.

Assalammualaikum Salam Jumaat semua. Pagi tadi isteri saya telah dimasukkan ke ICU disebabkan oksigen yg tak berapa stabil dan keadaan dia yang tak berapa baik. 

“Saya mohon di hari baik, hari Jumaat. Doakan Sarah dan anak dalam kandungan, semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah berikan kekuatan untuk mereka. 

“Semoga Allah berikan kekuatan untuk mereka. Semoga Allah merahmati kita semua. Amin,” tulis.

Posting tersebut kemudian mendapat respon daripada rakan artis dan para netizen yang tidak putus-putus menyampaikan doa buat Sarah serta memberi kata semangat buat Shuib untuk terus tabah dengan dugaan yang dihadapinya.

Komen Posting Shuib

Semoga Shuib kuat ya, sama-sama kita doakan Sarah dan anak dalam kandungan pulih. 

Baca: “Semoga kuat dik” – Ramai Sebak Lihat Frontliners Cuba Tenangkan Adik Ni Sedih Ibu Meninggal Akibat COVID 19

Frontliner Tenangkan Adik Sedih

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.