in

“Semoga kuat dik” – Ramai Sebak Lihat Frontliners Cuba Tenangkan Adik Ni Sedih Ibu Meninggal Akibat COVID 19

Ibu Mati Kerana Covid Adik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semakin hari semakin banyak kes kematian dilaporkan akibat wabak COVID 19. Ramai yang bersedih kerana kehilangan ibu bapa, anak ataupun kawan mahupun saudara.


Lebih menyedihkan jika kes kematian ini melibatkan seorang ibu kepada seorang budak-budak yang masih muda usianya. Menerusi perkongsian video di TikTok dari @___amin91___, dia yang juga seorang petugas kesihatan telah memuat satu video menyentuh hati.

Seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Aliff ini ditempatkan di pusat kuarantin telah mendapat khabar berita bahawa ibunya baru saja meninggal dunia kerana COVID 19.

@___amin91___

Al-Fatihah untuk Arwah yg meninggal disebabkan covid ? #Fyp #foryourpage #Fyp #frontliner #Kkm

♬ original sound – musikstory_ – musikstory_

Menerusi video itu juga dapat dilihat kanak-kanak berkenaan ditenangkan oleh para frontliners yang menggosok-gosok belakangnya kerana berada dalam keadaan sedih.

Lebih memilukan, bapa kanak-kanak itu juga katanya kini sedang mendapatkan bantuan oksigen kerana positif wabak itu. Allahu… berat ujian adik ni. 

Selain daripada video itu, ahli keluarga adik ini juga ada memuat naik video berkenaan mangsa yang juga didakwa sebagai kakaknya bernama Siti Mariatun.

@kerol505

Siti mariatun@maria… Kakak ku yang tercinta… Semoga ALLAH SWT satukan kita kembali disyurga firdaus… #covid #covid19

♬ original sound – Ikmal Alif – Ikmal Alif

 

“Semoga adik terus kuat ya… Salam Takziah” 

Posting tersebut telah mendapat pelbagai komen netizen yang sedih dengan apa yang menimpa adik tersebut.

Kehilangan seorang ibu pada usia muda dan dalam situasi dikuarantin pula memang perit. Harap adik ini tabahlah menghadapi dugaannya.

Sedih

Sedihnya lahai dengan apa yang menimpa keluarga ini… 

Baca: “Besar pengorbanan frontliners” – Pikul Keranda Mangsa COVID 19 Sejauh 1KM, Netizen Simpati Nasib Kakitangan KKM

Keranda 1

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.