in

“Siswa siswi sekarang manja & mengada-ngada” – USM Tampil Buat Penjelasan Lepas Dituduh Tak Jaga Kebajikan Pelajar Ketika PKP

Feature 4 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila berlaku perdebatan antara netizen tentang isu pelajar yang berada di kolej tidak dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan.



Selain itu, tular juga di Twitter apabila ada yang mengatakan Universiti Sains Malaysia tidak menjaga kebajikan pelajarnya sepanjang tempoh ini. Katanya pihak USM bagi makanan taraf gelandangan je kat pelajar dorang. 

Kolej 1

Kolej 2

Namun, pihak universiti terbabit telah pun tampil memberi penjelasan sebenar menerusi satu kenyataan rasmi di Facebook rasmi institusi pengajian itu. Difahamkan, pelajar terbabit telah menyebarkan berita palsu, lapor mStar.

Rupanya, gambar yang disebarkan juga hanyalah gambar sumber Google. Tergamak betul dia ni fitnah universiti. 

Pihak USM juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

Rata-rata netizen juga menyokong tindakan USM untuk mengambil tindakan terhadap orang yang menabur fitnah tersebut.

Kolej 3

Sebab tu orang kata terlajak perahu boleh diundur, terlajak tweet tak boleh delete. 

 

Baca: “Haah tunggu ada pelajar bunuh diri, baru nak bagi balik ke? “ – Mahasiswa Kena Bash Gara-gara Tweet Celupar Tak Dapat Balik Rumah

Kolej

Sumber: mStar
Sumber: mStar
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.