in

Sistem Permohonan Visa Diubah, Kos Ibadah Haji Dijangka Meningkat 11%

Ft Kos Haji

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pihak Tabung Haji (TH) baru-baru ini memaklumkan bahawa kos bagi menunaikan ibadah haji berkemungkinan meningkat sehingga 11% pada tahun hadapan berbanding sebelum ini menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Azman Mokhtar.

Tambahnya, peningkatan kos yang ketara tersebut adalah disebabkan keadaan ekonomi yang merosot pasca pandemik Covid-19.


Artikel berkaitan : “Paling rendah 53 Ribu” – Pakej Haji Swasta Cecah RM170 Ribu Seorang

Artikel berkaitan : Batal Booking Jemaah Saat Akhir, Pensyarah Dedah Taktik Kotor Hotel Di Arab Saudi ‘Main Harga’

Selain itu, punca lain yang mendorong kepada peningkatan kos haji ini adalah disebabkan pelbagai faktor luaran yang tidak boleh dikawal sehingga ia secara tidak langsung mempengaruhi caj bayaran penginapan, pengangkutan, penerbangan, makan dan minum serta caj perkhidmatan lain.

325407034 1542880419527378 4684284358273491630 N

Dalam masa yang sama, peningkatan kos haji pada setiap tahun akan meningkat sekitar 5% hingga 6% terutamanya dalam tempoh 10 tahun akan datang kerana Arab Saudi telah menaikkan Cukai Nilai Tambah (VAT).

“Disebabkan pandemik Covid-19, kenaikan dianggarkan dua kali ganda susulan peningkatan kadar inflasi serta situasi mata wang semasa” 

Bercakap di Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji dan Penghargaan Sahabat Korporat TH Musim Haji 1444H/2023M, sistem yang diguna pakai oleh kerajaan Arab Saudi juga telah berubah termasuklah permohonan visa.

A Last Day Of Hajj All Pilgrims Leaving Mina Many Already In Mecca For Farewell Circumambulation Of Kaaba Flickr Al Jazeera English

Perubahan sistem ini juga secara tak langsung telah memberi kesan kepada peningkatan kos ibadah haji yang dijangkakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama akan meneruskan pemberian Bantuan Kewangan Haji secara bersasar bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh jemaah daripada kumpulan B40 dan M40.

Sumber : Awani

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.