in

Singapura Mohon Maaf Isu Lawak Melampau, Jocelyn Chia Sebenarnya Bukan Warganegara

Jocelyn Chia Bukan Singaporean Kerajaan Mohon Maaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hangat diperkatakan semalam mengenai isu seorang pelawak wanita Singapura, Jocelyn Chia yang telah membuat jenaka yang mengutuk Malaysia dan menyentuh isu sensitif seperti MH370 ketika dalam satu persembahan di Comedy Cellar, New York.


Tindakan Jocelyn tersebut telah menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat Malaysia termasuklah ahli keluarga mangsa MH370 yang merasakan jenaka tersebut agak keterlaluan.

81686141434 Hinamalaysia

Kerajaan Singapura mohon maaf, Jocelyn bukan warganegara 

Susulan isu viral tersebut, kerajaan Singapura telah membuat permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berikutan tindakan pelawak yang dikatakan berasal dari negara tersebut.

Menurut Astro AWANI, Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon berkata beliau sangat terkejut dengan komen-komen menyinggung perasaan yang dibuat Jocelyn dalam pementasan komedi tersebut.

Kerajaan Singapura tidak boleh menerima sebarang kata-kata atau tindakan yang boleh mencetus kemudaratan atau menyinggung perasaan orang lain dan Chia, yang tidak lagi memegang kewarganegaraan Singapura, sama sekali tidak mencerminkan pandangan kami.

“Saya dengan ikhlas memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia atas kata-kata yang menyakitkan daripada dia,” kata Vanu Gopala dalam satu kenyataan semalam.

51660753625 Tbvanugopala

Menurut Vanu Gopala lagi, sebagai jiran yang terdekat, Singapura dan Malaysia menikmati hubungan yang kukuh di pelbagai peringkat dengan ikatan yang cukup mendalam.

“Kita juga mempunyai hubungan sejarah yang unik dan hubungan yang erat antara rakyat dengan rakyat.

“Komen-komen seperti yang dibuat oleh Chia tidak membantu dan merosakkan kepercayaan dan persahabatan rapat yang dinikmati oleh kedua-dua negara dan rakyatnya,” tegasnya lagi.

Video lawak Jocelyn yang berdurasi 29 saat itu tular selepas ia dimuat naik di laman TikTok dan ia mendapat pelbagai komen negatif termasuklah respon dari pelawak Malaysia seperti Afdlin Shauki dan Harith Iskander.

Tak salah nak membuat lawak tetapi berpada-padalah dan jangan sentuh perkara sensitif seperti MH370. Sedih hati keluarga mangsa berhadapan dengan isu ini. 

Baca: “Buat lawak kena pakai otak” – Afdlin Shauki ‘Sound’ Pelawak Singapura Isu Kutuk Malaysia

Afdlin Shauki Pelawak Singapura

Sumber: Astro AWANI
Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.