in

“Since kahwin kau tak bekerja” – Lepas Muizz Dedah Perihal Rumahtangga, Adik Nadia Brian Pula ‘Buka Mulut’

Collage 33

Sejak beberapa bulan lalu, banyak khabar angin mengatakan rumah tangga pelakon Nadia Brian retak. Malah, baru-baru ini suaminya, Muizz Nasruddin telah mendedahkan kepada media tentang “sebab” kenapa dia failkan penceraian.

Selepas pendedahan itu, ramai netizen yang berkampung di Instagram Nadia Brian hanya untuk melemparkan tohmahan namun sehingga kini Nadia tetap kuncikan mulut mengenai perkara ini.

Tapi bagi adik Nadia yang dikenali sebagai Lydia Brian, melihat tohmahan dan kecaman yang diterima oleh kakaknya itu bukanlah perkara yang mudah.

Menerusi Instagram peribadinya, Lydia telah memuat naik beberapa posting di Instastory mengenai perkara tersebut dengan menggunakan nama Mr M dipercayai merujuk kepada Muizz bagi menjawab pendedahan yang tular.

“Depress tak habis habis, u need help please la”

Screenshot 2020 12 17 At 3.59.22 Pm 640X1024 1

Lydia menyifatkan tindakan abang iparnya itu adalah tak normal dan meminta lelaki tersebut untuk mendapatkan pertolongan. Menurutnya, semua yang diperkatakan di media sosial hanyalah perkara untuk cari ‘point’ kerana tak ada motif.

Lydia turut menceritakan yang Nadia telah pun mendapat surat perintah dari peguam untuk ambil barang miliknya di rumah namun gagal kerana Muizz tiada di rumah. Bila abang Nadia pergi kali kedua untuk ambil barang, Lydia mendakwa Muizz tak mahu buka pagar dan masih tak diberi peluang untuk ambil barang hingga sekarang.

Langsung tak gentleman, tak bersalam with my brother & bercakap baik-baik. Siap mention ‘Kau nak pukul aku ke bro? Mai la mai la.”

Screenshot 2020 12 17 At 3.59.33 Pm 647X1024 1

Lydia turut mengatakan yang Nadia tak akan bersama Muizz semula selepas lelaki itu membuka aib kakaknya di media sosial serta mendakwa Muiz sering ganggu kerja dan kehidupan Nadia.

“Jangan nak tindas perempuan la”

Dalam salah satu posting di Instagram, Lydia turut menasihati netizen supaya berhenti lemparkan tohmahan dan berhenti jadi batu api sekiranya tak tahu cerita sebenar.

Jangan tindas orang sesuka hati. Ingat tu.”

Screenshot 2020 12 18 At 1.21.04 Pm

Tak cukup dengan itu, dakwaan mengenai Muizz melihat Nadia masuk ke dalam hotel bersama lelaki lain turut dijawab oleh Lydia ini.

Screenshot 2020 12 17 At 2.14.48 Pm 768X875 1

Disebalik kecaman yang diterima oleh netizen, Lydia turut kongsikan mesej peribadi yang dia terima dari seorang peminat mengatakan yang Nadia orang yang lembut dan hormat dengan cara Nadia yang tak cepat melatah walaupun aibnya dibuka.

Screenshot 2020 12 17 At 3.59.14 Pm 631X1024 1

 

Baca: “Kerenah? Aku tak pernah paksa kau masak, cuci baju…” – Suami ‘Bidas’ Kenyataan Nadia Brian

Screenshot 2020 12 18 At 1.49.25 Pm