Umumnya tahu bahawa, bekas ahli kumpulan nasyid In Team, Suhaimi Saad menjelaskan bahawa dia tidak hantar anaknya ke sekolah dan memilih kaedah home schooling untuk anak-anaknya.
Disebabkan itu, ia menjadi tanda tanya netizen terhadap bagaimana agaknya jika anak-anaknya itu ingin meraih kelulusan rasmi iaitu sebarang sijil untuk masa akan datang.
Oleh sebab itu, menerusi akaun TikTok miliknya semalam, Suhaimi menyatakan bahawa sijil itu bukanlah ukuran kejayaan seseorang.
Sijil bukan jaminan seseorang tu berjaya dan dapat pekerjaan yang baik.
Jelasnya, Suhaimi menyatakan bahawa dia sekeluarga hanyalah ingin mendapatkan keredaan daripada Allah SWT.
“Saya cuba jealskan, pertama sekali, saya nak korang faham yang cara fikir, cara hidup dan matlamat hidup saya tak sama seperti orang kebanyakan tapi saya tak pernah merasakan saya ini yang terbaik.”
“Tujuan saya belajar dan bagi pendidikan serta ilmu pada anak-anak adalah jelas. Kita belajar kerana Allah. Belajar untuk dapatkan ilmu, beramal dan berbakti pada diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.”
“Sijil, degree, master dan PHD semua nombor dua, nombor tiga. Itu bukan matlamat dan sasaran kita yang sama.”
Jelas Suhaimi yang merupakan lepasan graduan UIA lagi, segala kejayaan seperti sijil dan pangkat yang diraih oleh seseorang itu membuatkan mereka leka.
https://www.tiktok.com/@mosusofficial/video/7100701534215851290?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&refer=embed&referer_video_id=7100701534215851290
“Saya pernah masuk tadika, sekolah kebangsaan, sekolah menengah, mahad tahfiz dan UIA, saya perhati ramai orang yang ada ilmu, kelulusan dan jawatan tapi solat pun tak.”
Katanya lagi, ada orang yang berjawatan mengamalkan riba. Bahkan, dengan kedudukan yang ada, mereka suka beri dan terima rasuah, pecah amah serta tiada intergriti.
Disebabkan itu, Suhaimi mengatakan bahawa dia tidak mahu perkara ini terjadi keapda anak-anaknya.
Kalau nak sangat sijil nanti bila dah cukup umur, boleh daftar
Walaubagaimanapun, Suhaimi mengatakan bahawa sijil itu memang penting tapi bukanlah untuk dirinya. Bahkan dia tidak menghalang anak-anaknya untuk mendapatkan sijil.
“Kehidupan kita bukan dinilai melalui sijil, kelulusan dan kedudukan. Yang tengok baik buruk kita, berjaya atau tidak ini hanya Allah. Kejayaan itu harus dinilai dari sudut pandang Allah SWT dan bukan manusia.”
“Kalau nak sangat sijil nanti bila dah cukup umur, boleh daftar sebagai calon persendirian di sekolah-sekolah yang berhampiran. Kita dudukilah SPM tahun tu belajar betul-betul.”
Tambahnya, bila dah dapat sijil bolehlah nak sambung ke mana-mana yang dimahukan.
Baca : “Sebahagian dari ujian yg mereka lalui, dah pun aku lalui” – Suhaimi Saad