in

“Sebahagian dari ujian yg mereka lalui, dah pun aku lalui” – Suhaimi Saad

Mosus2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah terpalit dengan kontroversi, bekas anggota kumpulan nasyid In Team, Suhaimi Saad titipkan pesanan kepada Neelofa dan PU Riz berikutan dengan isu yang melanda pasangan selebriti ini.


Katanya menerusi Instagram. dia pernah lalui perkara yang lebih kurang sama sebelum ini.

 

Walau coraknya tak sama,tapi warna warnanya hampir serupa.

Tambahnya lagi, Suhaimi atau kini lebih dikenali dengan panggilan Mosus ini cukup faham dengan apa yang Neelofa dan Haris Ismail rasai dan perlu hadapi sekarang.

“Tak dapat luah dan ceritakan semuanya,sebab tetap takkan dapat memahamkan setiap yang terpedaya,membenci dan berdengki. Itulah asam garam dalam dunia seni.hidup sebagai pejuang yang cuba berlari menuju ilahi.”

“Semuanya dikelirukan, jadi fitnah dan disalah erti, tak memgapa Allah tahu segala galanya.”

Suhaimi juga memberikan kata-kata pemangkin semangat kepada pasangan itu dengan mwnyatakan bahawa mereka kini sedang berada di atas kerana ramai ada manusia yang selalu menjatuhkannya.

“Kalau engkau tak punya sesuatu yang lebih dan istimewa, tak akan ada siapa pun yang akan dengki dan sakit hati orang yang ada rasa cinta, kasih dan sayang tak akan suka menyakiti tak akan suka membuat engkau susah dan tak akan suka berdengki dan mencari salah.”

1152263

Jadi, Suhaimi berharap agar Neelofa dan Haris dapat bersabar dengan dugaan yang melanda mereka ini

“Dunia memang tempat penat. mudah mudahan Allah jadikan syurga tempat kita berehat. selama lamanya.”

Terkini, polis kini sedang membuka kertas siasatan kepada Neelofa kerana dikatakan tidak memakai pelitup muka semasa hadir ke mahkamah berkenaan dengan kes beli karpet di Nilai 3.

 

Baca : “Tak habis-habis” – Neelofa Sekali Lagi Disiasat Polis Dakwaan Tak Pakai Mask di Mahkamah

Maskofa

Sumber: Sumber

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.