in

“Wira tak didendang”- Polis Ceritakan ‘Struggle’ Yang Dorang Terpaksa Hadap Masa Perintah Kawalan Pergerakan

Feat 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini memasuki hari ke-7 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, namun sebilangan besar rakyat di negara ini masih lagi berdegil dengan perintah tersebut.


Sejumlah 3 juta orang masih lagi ingkar dengan PKP meskipun jumlah itu hanyalah 10 peratus daripada keseluruhan rakyat di negara ini.

Disebabkan golongan ini, anggota polis khusunya terpaksa bekerja keras dan lakukan apa yang mampu untuk pastikan masyarakat patuh pada perintah tersebut, sekaligus mengekang penularan wabak Covid-19.

 

Polis berdepan RISIKO BESAR setiap hari!

Namun, sedar tak kita yang anggota polis ini juga berdepan RISIKO BESAR setiap hari ketika menjalankan tugas.

Kami dekati golongan ini ketika mereka sedang menjalankan tugas bagi mendapatkan ‘kisah sebenar dan langsung’ dari lokasi mereka bekerja, dan ini cerita mereka kepada kami.

2 12

“Sejujurnya kami risau dengan situasi semasa lebih-lebih lagi ada masyarakat yang tidak patuh pada arahan yang telah dikeluarkan”

Itu kenyataan salah seorang daripada pegawai polis yang mendakwa kedegilan ‘golongan ingkar’ ini membuatkan tugasan mereka lebih sukar meski mendapat bantuan pasukan tentera.

Kata mereka sebagai polis, mereka tidak boleh mencampurkan hal libat perasaan dengan kerja. Kerja mesti diteruskan dan pihak mereka akan cuba yang terbaik dalam mengekang wabak tersebut.

Alorsetartutup 1584691306

“Cabaran terbesar kami ialah bila orang ramai tak praktis langkah kawalan keselamatan contohnya tidak keluar dalam perimeter lebih 10km, pakai mask dan hanya 1 wakil dibenarkan keluar”

“Kami selalu berjumpa anak-anak muda keluar malam dan di kawasan pedalaman yang kurang pengetahuan mengenai keseriusan wabak ini, dapat dilihat pakcik dan makcik masih keluar berjumpa kawan mereka”

Ramai yang melihat tindakan mereka sebagai menyusahkan tapi sebenarnya tindakan inilah yang memudahkan dan membantu kita di kemudian hari.

Melihatkan kepada tanggungjawab mereka yang sanggup berpanas dan bekerja lebih masa demi keselamatan dan kelancaran trafik khususnya ketika PKP, WORLD OF BUZZ dengan kerjasama The Cool Juice mengedarkan sebanyak lebih 1,000 botol jus kepada anggota-anggota yang bertugas.

6 1

4 7

Pada 22 Mac, mereka telah mengedarkan botol jus perahan asli itu di beberapa balai polis di sekitar Lembah Klang, antaranya Bukit Aman, Sentul dan Dang Wangi.

 

Hope abang dan kakak polis terus kuat dan amanah dalam menjalankan tugas, kudos to them!

Baca : Tula korang degil sangat kan! Pasukan Tentera Akan Mula Bertugas Ahad Ini, Bantu Polis Kawal Pergerakan Rakyat

7

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.