in

“Siapa kisah dia nak kahwin 100x pun” – Chef Wan Bengang Difitnah Komen Pasal ‘Najib Kahwin Baru’

Collage 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, selebriti chef Redzuawan Ismail atau lebih mesra dipanggil Chef Wan telah memuat naik tangkap layar video dari YouTube bertajuk “MENGEJUTKAN! Chef Wan Pula Bersuara Isu Dakwaan Najib Kahwin Baru”.


Dalam kapsyen Instagram, Chef Wan dilihat bengang apabila dia dituduh bersuara dalam hal rumah tangga bekas perdana menteri itu.

Katanya, dia tak pernah berkata atau menyentuh mengenai subjek tersebut secara terbuka melalui Instagram mahu pun mana-mana platform media sosial.

Manusia ni dah tak ada kerja lain ke nak fitnahkan saya? Siapa kisah dia nak kahwin sampai 100 kali pun. Ia bukan urusan sayalah. Itu hak dan urusan peribadi dia.”

Tambahnya lagi, perbuatan yang dibuat oleh individu tersebut amat menjijikkan kerana sanggup fitnah dirinya dan perbuatan ini adalah salah.

Chef Wan turut mengatakan yang dia memang ada bercakap mengenai isu felda kerana dia sendiri anak peneroka felda.

Apa yang berlaku di Felda yes i care sebab saya anak Peneroka Felda dan ada hak apabila manusia2 yg di beri tanggung jawab pecah amanah!
Tak kan kita boleh tutup sebelah mata unlike those yang sudah termakan dedak dan rasa terhutang budi.”

Pengikut-pengikut Instagram Chef Wan turut tunjukkan rasa simpati mereka ke atas apa yang berlaku ke atas Chef Wan dan ada juga yang mencadangkan agar Chef Wan saman orang yang bertanggungjawab.

Screenshot 2021 03 04 At 4.55.05 Pm Down

Kalau korang nak tahu, sebelum ini Chef Wan pernah mengkritik Najib dan mengatakan yang dia ingin tampar mukanya selepas mengatakan parti Najib gagal menguruskan felda dengan baik.

Pun begitu, dia telah pun memohon maaf atas bahasa kasar yang digunakan.

 

Baca: Lepas Lantang Cakap Nak Tampar Datuk Seri Najib Semalam, Chef Wan Minta Maaf Pula Hari Ni… Tapi Jawapan DS Najib Memang Win!

Screenshot 2021 03 04 At 5.00.45 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.