in

Lepas Lantang Cakap Nak Tampar Datuk Seri Najib Semalam, Chef Wan Minta Maaf Pula Hari Ni…Tapi Jawapan DS Najib Memang Win!

Featured 28

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa tak kenal Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan, seorang chef selebriti yang cukup popular di negara ini.


Walaupun ramai cakap Chef Wan ni laser dan lantang dalam memberikan pandangan atau komen especially berkaitan masakan, ramai yang masih mengikuti perkembangan beliau terutamanya di media-media sosial..nama pun public figure kan.

Terbaru, beliau tampil memohon maaf pagi tadi selepas mengeluarkan kenyataan kontroversi iaitu nak tampar muka bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut hmetro, Chef Wan di instagramnya berkata dia mengakui kesilapannya itu yang membuat kenyataan dalam keadaan yang amat marah.

“To DS Najib pagi ini saya memohon maaf secara terbuka kerana bahasa yang kasar saya gunakan di waktu saya merasa amat marah!

“Tetapi jika kita buat kesalahan yang besar kita mesti telan maruah diri kita untuk mengaku kesilapan diri kita as I have done this morning. Yes saya mengaku saya silap bila dirasuk syaitan dan naik marah!,” katanya.

Bapa kepada pelakon Serina Redzuawan itu memaklumkan yang dia tak nak jadi manusia yang tak pandai berterima kasih dan lupa segala sumbangan DS Najib kepada negara sewaktu pemerintahan beliau.

Yes by saying that i was harsh and biadap!

Img 20190121 Wa0017

Img 20190121 Wa0023

Img 20190121 Wa0019 1

 

Namun, dia berpendapat yang adil sebagai ahli politik untuk berhadapan dengan kritikan secara terbuka dan terhormat..yang ni admin sokong.

Pada status tersebut, Chef Wan turut meminta penyokong DS Najib supaya tak jadi batu api berhubung kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini.

“Saya sudah buat silap dengan apa yang saya perkatakan semalam dan sekarang saya memohon maaf kepada Datuk Seri Najib dan itu sahaja!

“Saya akan terus memperjuangkan apa yang betul,”

Kalau korang yang tak sempat mengikuti apa yang berlaku, semalam portal Malaysia Kini ada melaporkan yang Chef Wan sewaktu bantu kempen Pakatan Harapan di Felda Sungai Koyan 1 di Jelai berkata dia nak tampar muka DS Najib sebab kecewa dengan Barisan Nasional, khususnya kepada bekas pengerusi gabungan itu.

Macam mana Najib boleh biarkan Felda disalah urus begitu? Come on!

Perkara tu berpunca daripada tindakan Chef Wan yang tidak merestui langkah Felda semasa ditadbir kerajaan BN, yang bertindak memberikan imbuhan kepada peneroka yang dianggapnya rasuah.

Chef Wan berkata, pemberian wang berkenaan tidak bermakna jika pada waktu yang lain kerajaan BN ‘merompak’ agensi terbabit sehingga bankrap.

“Macam mana kamu (Najib) boleh biarkan Felda disalah urus begitu? Come on!

“Kamu letak Isa Samad (bekas pengerusi Felda) di situ dengan tahu ada bermacam hal dia buat sebelumnya. Kalau dia (Isa) ada di sini I tampar muka dia,” katanya.

Tidak puas dengan kenyataan itu Chef Wan juga berkata yang dia mahu menampar DS Najib.

“I tampar muka Najib tu, kurang ajar!”

So bertitik tolak daripada kenyataan yang dikeluarkan Chef Wan menyebabkan banyak pihak marah dan turut mengakibatkan Facebook Go Shop di mana beliau menjadi duta rancangan itu diserang netizen.

Itu Chef Wan. Buat apa nak layan Chef Wan?

Namun, selepas itu Malaysia Kini terus dapatkan reaksi DS Najib Razak berhubung perkara tersebut dan jawapan yang diberikan beliau cukup sinis, makan dalam weh.

Image 2
Sumber : google

“Itu Chef Wan. Buat apa nak layan Chef Wan?” 

Malah DS Najib jawab sambil tersenyum lagi, namun beliau turut mengulas yang imbuhan itu adalah semata-mata nak menolong peneroka Felda.

“Bukan soal rasuah. Kita tolong semua dalam Felda, penyokong Umno ke, PAS ke, PH ke, semua dapat tak ada beza.

“Kalau tak ada beza, bukannya rasuah,” 

Sebab tu orang-orang tua selalu pesan, kalau rasa sakit hati atau marah cepat-cepat ambik wudhuk atau beristighfar, takut syaitan merasuk hati dan jiwa, korang nilai lah sendiri yer..

Baca : Najib Gagal Kawal Perasaan, Tak Menyesal Usir Pengacara Al Jazeera

Najib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.