in

“Siap untuk sambut Ramadhan”- Ramai Netizen Terpesona Dengan Ruang Solat Di Rumah Tokti

Cats 44

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa tak kenal penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga dikenali dengar gelaran Tokti. Siapa yang tak kenal penyanyi legend ni korang memang tak boleh mengaku rakyat Malaysia la.


Baru-baru ini, penyanyi terkenal ini memuat naik gambar-gambar ruang solat rumahnya di Instagram pada 11 April lalu dengan mendapat lebih 75 ribu likes.

Penyanyi tersebut meluahkan rasa bersyukur dan gembira di ruangan caption gambar itu apabila ruang yang diidamkan itu telah berjaya disiapkan dengan cantik.

Menurut penyanyi yang mesra dipanggil Tokti, dia membina surau di rumahnya itu bersempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan.

“Alhamdulillah, semuanya siap untuk menyambut Ramadhan nanti.”

Tokti turut berterima kasih kepada lenteracreativehome dan boss7group kerana bertungkus lumus menyiapkan ruang solat tersebut dan dengan harapan mereka dimurahkan rezeki pada masa akan datang.

 

Kongsi kebaikan bina masjid

Bukan itu sahaja, Tokti juga ada share satu perkongsian dari Al-Hafiz Ibn Hajr al-‘Asqalani yang menyebut dalam kitabnya iaitu ganjaran membina masjid tetap diterima walaupun ruang solat tersebut sebesar sarang burung merbuk.

Tidak kira seberapa besar sumbangan yang kita buat, kita akan tetap mendapat ganjaran daripada Tuhan.

Photo6316721295898815446

Pasang impian yang sama

Rata-rata netizen yang komen di gambar tersebut menunjukkan reaksi yang positif sebab rupanya ramai yang sudah terinspirasi untuk bina ruang solat di rumah mereka juga.

Photo6316721295898815445

Semoga Ramadhan kali ini kita lebih rajin beribadah sehingga ke penghujungnya sebab ganjaran memang berlipat ganda. Selamat beramal semua.

 

Sumber: ctdk

Baca:Selalu Buat IG Review Makanan Bantu Usahawan Kecil, Siti Nurhaliza Diangkat Antara 100 Selebriti Paling Berpengaruh di Asia Pasifik

Capture 35

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.