in

Selalu Buat IG Review Makanan Bantu Usahawan Kecil, Siti Nurhaliza Diangkat Antara 100 Selebriti Paling Berpengaruh di Asia Pasifik

Nurhaliza

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang mengikuti laman Instagram penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, korang pasti perasan kan yang Tokti ni gemar benar mempromosi segala jenis makanan yang dihantar ke rumahnya.


Perkara ini telah dilakukan oleh Tokti dah lama, tapi semenjak musim COVID 19 yang membuatkan ramai pengusaha kecil terjejas pendapatan, perkara yang dilakukan penyanyi lagu Kuasa Cintamu ni sangat membantu sebab ia meningkatkan lagi pendapatan mereka.

Siti 1

Disebabkan hal tersebut, nama Siti Nurhaliza mendapat perhatian media antarabangsa, Forbes yang menyenaraikan penyanyi ini antara 100 selebriti paling berpengaruh di media sosial di rantau Asia Pasifik. Wow! 

Penyenaraian yang dibuat Forbes ini adalah atas usahanya membantu golongan yang terjejas dengan mempromosi perniagaan mereka kepada hampir 8 juta pengikutnya di laman Instagram.

Eoswd1Kveaetdwd

Tokti yang terharu dan gembira menerima berita tersebut kemudian memuat naik posting di Instagram meluahkan rasa syukur kerana perkongsiannya selama ini mendapat manfaat ramai.

Alhamdulillah. Semoga usaha kecil ini dapat memberikan manfaat kepada kita bersama-sama. Thank you so much @forbesasia.”

Selain Siti Nurhaliza, pengacara, pelakon dan kini usahawan tersohor, Neelofa antara yang tersenarai bersama nama-nama besar lain seperti Amitabh Bachchan, EXO, Blackpink, Chris Hemsworth, Raisa dan ramai lagi.

Tahniah Tokti. Rezeki baby nombor dua tu!

Baca: “Cool gila weh, tukar baju 11 saat” – Netizen Terpukau Tengok ‘Behind The Scene’ Video Muzik Lagu Baru TokTi

11 Saat

Sumber: Instagram
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.