in

Siap Ugut ‘Kebal’ Undang-Undang, Kakak Dakwa Adik Jadi Mangsa Buli Dalam Kursus Tentera Udara

Adik Dibuli Dalam Kursus Tentera

Kes buli atau ragging dilihat masih berlaku bukan sahaja dalam kalangan pelajar, malah orang dewasa juga ada yang menjadi mangsa gejala ini.

Tular dalam media sosial mengenai satu hantaran oleh seorang pengguna Twitter, @ummiiiiinmo yang mendakwa adiknya telah menjadi mangsa buli ketika menjalani kursus di Pangkalan Udara Pahang.

Pengadu meluahkan perkara yang dialami oleh adiknya dan menuntut keadilan atas kejadian tersebut daripada pihak atasan.

Menurut pengadu, beberapa pegawai tentera berpangkat koperal didakwa membuli sehingga mangsa hilang pendengaran akibat disepak, malah turut disebat menggunakan getah paip dan dicucuh rokok di bahagian lidah.

Fu Vypzaqaekn1I

Bukan itu sahaja, anggota terbabit turut membogelkan mangsa, selain menumbuk dan belasah secara beramai-ramai.

Pembuli dakwa ‘kebal’ undang-undang

Jelasnya lagi, keluarganya sudah melaporkan perkara tersebut kepada pihak atasan baru-baru ini namun tiada tindakan yang diambil.

Dia juga mendakwa, salah seorang daripada anggota tersebut mengugut mangsa bahawa jika mangsa mahu membuat laporan terhadap tingkah laku mereka, tidak ada apa-apa tindakan akan diambil kerana suspek ‘kebal’ disebabkan mempunyai perlindungan daripada pegawai ‘bintang tiga’.

Kejadian tersebut telah membuatkan adiknya bukan sahaja mengalami beberapa kecederaan fizikal, malahan membabitkan penderaan emosi sehingga menjadi takut dan trauma.

Ciapan tersebut telah meraih perhatian netizen, rata-ratanya mengecam dan bersimpati dengan situasi yang terpaksa dihadapi adik pengadu.

Presiden Muda, Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman juga menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan secepat mungkin jika dakwaan tersebut benar.

 

Screenshot 2023 05 02 133915

Setakat artikel ini ditulis, pihak-pihak yang berkaitan masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai kejadian terbabit.

Baca: Budak 12 Tahun Lari Asrama, Jalan Tepi ‘Highway’ Waktu Malam Semata-mata Nak Balik Rumah
Ft Budak Lari Asrama

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter