in

“Siap keluar kata- kata kesat” – Lelaki Simbah Air Panas Dekat Penguat Kuasa Sebab Bengang Kedai Makan Isteri Dikompaun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika Majlis Perbandaran Muar (MPM) membuat pemantauan terhadap SOP perniagaan dalam tempoh PKP ini, mereka mendapati kedai makan di Jalan Omar, Parit Jawa, Muar, Johor ini tidak  mengikut peraturan.


Disebabkan itu, suami kepada pemillik kedai tersebut bertindak menyimbah air panas bercampur minyak pada anggota penguat kuasa.

 

Bengang kena kompaun

Bagaimanapun Yang Dipertua MPM, Mustaffa Kamal Shamsudin berkata anggota MPM berjaya mengelak dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam 3 hari lepas itu, lapor Sinar Harian

“Pemilik premis itu kemudian dikenakan kompaun RM1,000 berikutan gagal mematuhi SOP mengikut Seksyen 72(1)(F) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit kerana membenarkan pelanggan makan di premis.

Tak cukup dengan itu, lelaki tersebut masih tak puas hati dan menunggang motosikal untuk mengekori kenderaan peronda penguat kuasa MPM hingga ke stesen minyak, sebelum menghamburkan kata-kata kesat.

“Susulan itu, anggota penguat kuasa MPM membuat laporan polis terhadap individu berkenaan kerana didakwa menghalang tugas penjawat awam dan berlaku cubaan mendatangkan kecederaan kepada anggota penguat kuasa,” katanya.

Mustaffa menasihati orang awam dan peniaga supaya tidak bertindak agresif ke atas penjawat awam yang sedang menjalankan tugas kerana sudah diberikan kelonggaran dan meminta kerjasama padu semua pihak dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

 

Baca : “Da bagi bukti cctv tempat x sesak pun senyap je” -Polis Nafi Kompaun Wanita Di Kawasan Lengang, Tuan Badan Tayang Bukti

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.