in

“Da bagi bukti cctv tempat x sesak pun senyap je” – Polis Nafi Kompaun Wanita Di Kawasan Lengang, Tuan Badan Tayang Bukti

Kompaun9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini viral satu kes apabila ada seorang wanita kongsikan keluhannya disaman oleh anggota polis di hadapan kafe milliknya kerana tak pakai pelitup muka.



Apa yang menjadi isu sehingga viral adalah saman itu diberikan ketika dia baru keluar kereta untuk ambil anaknya di tempat duduk sebelah, malahan sekeliling kawasan di Jalan Pusat Komersil Yayasan 3, Segamat itu tidak sesak!

 

Disaman masa baru nak keluar kereta, tempat tak sesak

Susulan dengan penularan kes tersebut, semalam Polis Johor tampil berikan kenyataan untuk menyangkal dakwaan tersebut.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, hasil semakan pihak polis mengesahkan kejadian tersebut berlaku kira-kira 11 pagi itu mendapati bahawa ramai pengunjung yang lalu lalang mengunjungi kedai dan premis yang berhampiran kawasan tersebut.

Menerusi Utusan semalam, wanita berusia 29 tahun itu dikatakan bersama seorang lagi wanita yang bekerja di kafe tersebut tetapi memakai pelitup muka.

“Ketika itu, bersama individu berusia 29 tahun itu ialah seorang wanita yang bekerja di kafe tersebut tetapi memakai pelitup muka. Kenyataan individu ini menyatakan di kawasan tersebut tiada orang dan tiada kesesakan adalah tidak benar sama sekali.

“Tindakan individu ini yang tidak memakai pelitup muka boleh menimbulkan kegusaran kepada orang awam lain yang berada di sekitar kawasan tersebut.

Wanita itu telah dikenakan tindakan kompaun oleh pasukan tindakan khas pematuhan (SOP) Covid-19 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di bawah Peraturan 16(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawalan Tempatan Jangkitan) 2021.

Jhr Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay022

 

 

Tunjuk rakaman CCTV bukti orang tak ramai

Kompaun

Berikutan dengan kenyataan tersebut, wanita yang merupakan pemilik kafe Nur Izzati Aqilah Lokman tampil memberikan keterangan untuk membuktikan bahawa lokasi tersebut memang tak sesak.

Nur Izzati tunjukkan bukti rakaman CCTV dari kafe menerusi Twitter miliknya.

Bukti itu ditunjuk di dalam ruangan komen berita mengenai kenyataan polis sebelum dikongsikan di Twitter dan meraih sehingga 7K retweets yang mengundang pelbagai reaksi netizen.

Kompaun2 Kompaun3 Kompaun4 Kompaun5 Kompaun6

 

Baca : “Tak ada SOP & penjarakan fizikal” – Penganjur Acara Edar Ayam Beku Percuma Di Putrajaya Dikompaun

Ayam

Sumber: Utusan
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.