in

“Siap jumpa kondom dengan bahan pelincir” – Suami Kena Penjara Sebab Cuba Buat Seks Sejenis Dekat Parti Songsang

Gay Woi

Hakim Syarie Mohd Asri Mohd Tahir menjatuhkan hukuman penjara tujuh bulan, denda RM4,900 dan enam kali sebatan terhadap seorang lelaki berstatus suami selepas disabit bersalah kerana cuba melakukan persetubuhan sejenis pada November 2018. Kata Mohd Asri kepada lelaki berusia 42 tahun itu,

Kamu dah kahwin dan ada isteri.. (tapi) buat macam ini, kamu khianat pada keluarga kamu.”

Menurut Harian Metro, selain itu terdapat empat lagi lelaki berusia 27 hingga 37 tahun dijatuhkan hukuman penjara enam bulan, denda RM4,800 dan enam kali sebatan, juga kerana disabit kesalahan terhadap pertuduhan yang sama.

Gay1
sumber: harian metro

Mereka didakwa cuba melakukan persetubuhan dengan seorang atau lebih, dengan mana-mana lelaki di dalam sebuah apartmen dekat Bandar Baru Bangi pada jam 9.30 malam, 9 November 2018.

Namun rancangan mereka terbatal selepas pegawai JAIS menyerbu apartmen itu selepas dimaklumkan oleh orang awam tentang pesta lelaki songsang di rumah terbabit.

Kesemua tertuduh yang bekerja dalam sektor awam serta swasta dan telah diperintahkan untuk menjalani hukuman penjara 3 bulan dan 4 bulan sekiranya gagal membayar denda yang telah ditetapkan.

Gay3
gambar hiasan

Menurut Mohd Asri, kesalahan yang dilakukan adalah serius dan bertentangan dengan fitrah manusia dan hukuman denda saja disifatkan tidak memadai bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat supaya tidak melakukan perbuatan berkenaan.

“Kesemua tertuduh ditemui dalam keadaan tidak berpakaian di tingkat dua apartmen itu bersama-sama tujuh lelaki lain termasuk tiga lelaki bukan Islam selain turut ada kondom dan bahan pelincir.”

“Fakta berkenaan menunjukkan persediaan untuk melakukan persetubuhan luar tabii dan bukan percubaan peringkat awal.”

Kesiannya dekat isteri dia…

Baca: “Dah ada kerja bagus, hang pi musnahkan” – Cikgu Dicekup Anjur Parti Liar

Dad