in

”Siap ajar anggota lagi” – Orang Ramai Puji Ketua Polis Negara Turun Padang Menyantuni Anggota Lain

Ketua Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketua Polis Negara (KPN) adalah jawatan tertinggi dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Beliaulah yang mengepalai kesemua pegawai dan anggota dalam memastikan keselamatan dalaman negara terpelihara.


Ada satu video yang menjadi perhatian di sosial media dimana KPN, Tan Sri Razarudin Husain turun padang dan menyantuni anggota yang bertugas.

Dalam dunia kepolisan negara, call sign untuk Ketua Polis Negara adalah Aman1, kalau dapat radio call guna call sign tu pandai-pandai lah nak jawab ye. Korang boleh tengok cara KPN berinteraksi dengan anggota polis dalam video @projekhitam dibawah.

Artikel berkaitan: Bawa Bakul Penuh Durian, Gelagat Pakcik Ini Naik Motor Redah Banjir Sambil Dibantu Polis Buat Ramai Terhibur

Artikel berkaitan: Polis Pangkat Sarjan Kena Tindakan Tatatertib, Kantoi Ada ‘Cash’ Lebih RM3,000 Ketika Sedang Buat Roadblock

Siap ajar anggota lagi

Rata-rata netizen memberi pujian kepada Ketua Polis Negara dalam berinteraksi dan menyantuni  anggota polis yang bertugas. Bukan selalu kita dapat tengok pegawai atasan, lebih-lebih lagi KPN sendiri turun padang kan.

Screenshot 2024 02 11 At 1.57.42 PmBetul, kita kalau nampak big bos datang dan boleh buat semua kerja, mesti kita pun semangat kan. Lagi-lagi bertambah respek kepada bos besar sebab dia pun tahu macam mana nak buat semua kerja. 

Screenshot 2024 02 11 At 1.57.57 PmKepimpinan melalui tauladan. Inilah yang diterapkan oleh KPN kepada semua anggotanya. Harap pihak PDRM terus kekal berintegriti dalam menjalankan tugas dan amanah untuk negara. 

Screenshot 2024 02 11 At 1.58.33 PmPemimpin yang sebenar tak kekok untuk berinteraksi dan menyantuni anggota bawahan. Dalam negara kita sendiri pun banyak je contoh baik yang boleh diikuti. 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.