in

Si Bulus Kuat Mencuri, Pemilik Buat Papan Tanda Suruh Jiran ‘Hati-Hati’

Fi Kucing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi siapa yang mempunyai kucing sebagai haiwan peliharaan, korang mesti tahu kan perangai si comel ni macam mana. Disebalik manjanya tu, ada juga perangai nakal dibuatnya.



Tapi, korang pernah tak terjumpa kucing yang kuat mencuri? YA MENCURI!

 

Pemilik buat papan tanda ‘amaran’

Seorang wanita yang juga pemilik kepada seekor kucing baru-baru ini mendedahkan bahawa dia ‘terpaksa’ membuat satu perkara kerana kenakalan kucingnya.

Kate Felmet yang tinggal di Oregon, Amerika Syarikat membuat satu papan tanda khas ditujukan kepada jiran-jirannya supaya berjaga-jaga kerana geram kucingnya suka ‘mencuri’.

Kucing 2

Dalam papan tanda tersebut, Kate turut meminta untuk jirannya mengambil semula barangan yang telah digantung di depan rumah.

“Kucing saya pencuri. Sila ambil semula barang ini jika ia adalah milik anda.”

 

Curi sarung tangan

Namun apa yang menariknya, kucingnye Esme, tak macam kucing lain yang suka curi ikan, makanan dan macam-macamlah. Tapi apa yang dicurinya adalah sarung tangan dan pelitup muka. Dia nak jaga SOP maybe?

Jelas Kate, kucingnya mencuri barang-barang tersebut dari laman rumah dan garaj jiran-jirannya. Selain ada juga beberapa tempat lain sebelum membawa barangan tersebut pulang dan menunjukkan padanya.

Oleh sebab tak mahu timbul sebarang masalah, semua hasil curian terpaksa digantung bersebelahan papan tanda agar mana-mana pemilik barangan boleh mengambil semula barang kepunyaan mereka.

Kucing 1

Seolah-olah faham dengan tindakan Kate, wanita tersebut memberitahu bahawa sejak dia letakkan papan tanda tersebut tiada lagi barangan dibawa balik kucingnya itu. Comel je, merajuk ke tuuuu.

“Sebaik saja saya meletakkan papan tanda itu, Esme langsung tidak bawa pulang apa-apa ‘hasil’ curi yang lain selama seminggu.”

Hasilnya, ramai jirannya menyedari ‘amaran’ daripada Kate dan kebanyakannya berjaya mendapatkan semula barangan mereka yang pernah dicuri penjenayah berbulu iaitu ‘Esme Si Pencuri’.

Kucing yang taat, siap tunjuk hasil kecurian tu. Geram je!

Sumber : indy100

 

Baca : “Kenapa hadiah tu juga kau pilih” – Kucing Hadiahkan Seluar Dalam Yang Dicuri Dari Rumah Jiran

Foot Kucing

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.