in

“Kenapa ‘hadiah’ tu juga kau pilih” – Kucing Hadiahkan Seluar Dalam Yang Dicuri Dari Rumah Jiran

Ft Kucing E1613190092569

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang ada bela kucing peliharaan mesti dah biasa dengan perangai si bulus ni bawa pulang ‘hadiah’ ke rumah.


Antara ‘hadiah’ biasa yang jadi pilihan si comel ni adalah haiwan-haiwan yang ditemui di sekitar kawasan rumah, macam ular, burung, ataupun katak.

Kalau ada diantara kucing korang yang buat perangai macam ni, korang patut bersyukur sebab itu masih dikira perkara biasa.

Capture 16

Bawa Pulang Hadiah Aneh 

Menurut Georgia Careless, haiwan peliharaannya yang diberi nama Kee Kee ada satu tabiat pelik.

Kucing peliharaannya dikatakan selalu mencuri seluar dalam milik jiran sebelum dibawa pulang ke rumahnya.

Habis la pakaian dalam jiran tu!

Menurut Georgia dia mengakui malu dengan tindakan kucingnya itu. Manakan tidak, nanti orang tuduh pemiliknya pula…

Bukan itu sahaja, Kee Kee juga dikatakan turut membawa pulang beberapa helai stoking dan bikini daripada kejiranan tersebut.

Capture 1 7

Sungguhpun tidak dapat dipastikan cara kucing itu melakukan ‘kerjanya’, Georgia berpendapat bahawa Kee Kee menggunakan tingkap dan laluan kucing serta pintu yang terbuka untuk menyelinap ke rumah jirannya lapor mstar.

Kelakuan pelik Kee Kee juga tidak dapat difahami oleh pemiliknya yang tidak tahu mengapa dia tertarik kepada seluar dalam berbanding barangan lain.

Capture 2 3 4

Selain pakaian dalam, Kee Kee turut bola mainan kecil dan bulu tangkis.

Baca : [Video] “Siap kasi cium dahi” – Comel! Gelagat Si Bulus Bersalaman Dengan Atok

Capture 16 4

 

Sumber: Metro.Co
Sumber: Metro.Co
Sumber: Metro.Co

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.