in

“She’s so cute!”- Ramai Terpesona Tengok Anak Perempuan Viktor Axelsen Berbaju Kebaya

Page Viktor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peminat-peminat sukan badminton sudah semestinya tahu yang ketika ini sedang berlangsungnya Kejohanan Badminton Indonesia Masters 2021 di Bali.


Memang tak menang tangan pihak penganjur di Indonesia untuk menyambut atlet-atlet badminton dari seluruh dunia. Mereka juga diberikan pelbagai buah tangan yang melambangkan budaya negara Indonesia itu sendiri.

Semalam, viral di Twitter tentang video anak perempuan pemain badminton perseorangan dari Denmark iaitu Viktor Axelsen memakai baju kebaya. Min dah boleh bayang betapa comelnya anak dia!

Viktor Axelsen yang membawa anak perempuannya ke Indonesia turut menerima buah tangan untuk dirinya juga. Anak perempuannya yang bernama Vega itu kelihatan selesa dan juga seronok selepas memakai baju kebaya. Teruja juga dia gerak sana-sini, tak sabar nak jalan-jalan pakai baju kebaya ke tu?

Rata-rata warganet di Twitter terpesona dengan kecomelan Vega kerana sepanjang video itu dirakam, dia mengukirkan senyuman yang boleh buat ramai cair… Siap yang kata dah jadi peminat No.1 untuk Vega! Awh… Comel betul senyuman awak!

Screenshot 20211119 150628 Twitter

Screenshot 20211119 150728 Twitter

 

Video yang dikongsikan sendiri oleh Viktor Axelsen itu telah mendapat lebih dari 700 ribu tontonan dan juga lebih dari 58 ribu likes. Beliau yang baru sahaja selesai perlawanan kedua semalam, sempat untuk meluangkan masa bersama keluarganya yang turut bersama berada di Indonesia.

Seronok je tengok diorang enjoy dengan budaya dari Asia ni. Tak kekok pun bila cuba benda baru… Semoga Vega membesar jadi anak yang sentiasa baik dengan daddy mommy awak okay?

Baca: Lee Zii Jia Mahu Pulihkan Diri, Ambil Keputusan Tak Teruskan Aksi Di Indonesia Masters 2021

Page Lzj

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.