in

Sherry Al Hadad & Semua Tenaga Kerja Separuh Akhir Muzik Muzik 35 Bebas COVID 19, SFMM 35 Berlangsung 15 Disember Ini

Sherry Alhadad

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah 14 hari dikuarantin dan menjalani ujian swab test yang ditetapkan petugas kesihatan, kesemua artis dan tenaga kerja Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) dimaklumkan negatif COVID 19. Alhamdulillah.


Berita ini disampaikan oleh penyampai radio dan pengacara SFMM35, Haziq Hotfm menerusi instastory semalam. Menurut Haziq mereka juga pada masa yang sama mendoakan Alif Satar akan mendapat keputusan negatif juga tidak lama lagi.

Alif 1

Selain Haziq, rakan pengacara SFMM35, Sherry Al Hadad juga memuat naik berita gembira tersebut di Instagram selepas 14 hari menjadi kontak rapat Alif Satar.

Menurut Sherry, dia juga telah memotong ‘gelang pink’ miliknya semalam serta mendapat surat rasmi yang dia negatif wabak tersebut.

“Terima kasih guys. Semoga kita semua jauh dari wabak Covid -19. Terima kasih frontliner yang bertugas di Klinik Kesihatan Kelana Jaya tadi. Walaupun penat bekerja namun tak lokek mengukir senyuman,” katanya.

Selain Sherry, penyanyi lain juga memotong ‘gelang pink’ milik mereka semalam termasuklah Wany Hasrita, Naim Daniel, Zynakal dan ramai lagi rakan artis lain.

 

SFMM35 episod tiga akan berlangsung 15 Disember ini 

Menurut Harian Metro, episod ketiga SFMM35 yang ditunda sebelum ini akan kembali bersiaran pada 15 Disember ini.

Penerbit Eksekutif Muzik Muzik 35, Nurhul Huda Khalid, berkata, prosedur operasi standard (SOP) akan lebih diperketatkan sepanjang sesi latihan dan siaran langsung program tersebut.

“Pematuhan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah keutamaan kami demi memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19. Warga kerja kami yang juga kontak rapat kepada Alif Satar sudah membuat ujian saringan di pusat perubatan kerajaan berhampiran. 

“Warga kerja lain juga sudah mematuhi arahan Jabatan Sumber Tenaga, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad untuk menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari sebagai langkah berjaga-jaga walaupun tidak bergejala.

“Oleh itu, sekiranya kami kekal tidak bergejala sehingga tamat tempoh kuarantin kelak, kami dibenarkan untuk kembali bekerja seperti biasa sambil mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan,” katanya.

Tambahnya lagi, proses perancangan semula SFMM35 sedang diperhalusi dan pensanitasi berkala juga akan dilakukan bagi memastikan kelancaran penyiaran hari ketiga program tersebut nanti.

Hanya artis yang membuat persembahan pada malam itu saja juga akan hadir bagi memastikan bilangan orang di Studio Sri Pentas 2 dapat dikurangkan dan penjarakan fizikal dapat dilakukan.

Semoga semuanya baik-baik dan Alif Satar cepat sembuh. Amin! 

Baca: “Sudah dua ke tiga hari saya hilang deria bau, suhu badan okay” – Alif Satar Respon Kecaman Netizen Lepas Positif Covid-19

Alif Satar

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.