in

“Shaking gila” – Penumpang Menjerit, Terkejut Dengar Dentuman Beberapa Kali Di Stesen LRT Abdullah Hukum

tren meletup lrt abdullah hukum

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penumpang yang berada di dalam tren dekat stesen LRT Abdullah Hukum berada dalam mod panik apabila dikejutkan dengan bunyi dentuman beberapa kali dalam kejadian yang berlaku malam tadi.

Menerusi rakaman video yang tular di TikTok, kejadian itu dipercayai terjadi sekitar jam 10.30 malam dan kelihatan penumpang menjerit ketakutan apabila terdengar bunyi seakan-akan letupan.


@user_20012201

Train meletup, alhamdulillah everyone is okay🤲🏻

♬ original sound – Kimikimi – Kimikimi

Orang ramai yang berada di luar tren kelihatan berlari ketakutan dan kedengaran juga suara staf yang bertugas bertanya sama ada penumpang dalam keadaan baik atau tidak.

Semua okey ke? Ada tak yang cedera, boleh beritahu saya?” tanya staf wanita itu.

Hasil tinjauan di X, individu yang didakwa penumpang memaklumkan bahawa dentuman tersebut berbunyi sebanyak empat kali sehingga mengejutkan orang ramai yang berada di situ.

WhatsApp Image 2025 03 12 at 11.54.21 PM 681x759 1

Rata-rata netizen yang melihat kejadian itu meluahkan rasa bimbang mereka dengan keselamatan penumpang di dalam tren.

train meletopp

Artikel berkaitan: Boleh Bahayakan Keselamatan, Rapid KL Ingatkan Penumpang Agar Tidak Duduk Di Atas Panel Kawalan Dalam Tren

Artikel berkaitan: Seorang Penumpang Maut, Terjatuh Di Kawasan Landasan Stesen LRT Titiwangsa Pagi Tadi

Tren alami masalah teknikal 

Rapid Rail Sdn. Bhd. (Rapid Rail) dalam satu kenyataan malam tadi berkata, berikutan kejadian itu, perkhidmatan tren mengalami kelewatan kerana terdapat gangguan teknikal di antara Stesen Universiti dan Abdullah Hukum.

Perkhidmatan tren sedang mengalami kelewatan dan tren alternatif diaktifkan berikutan daripada gangguan teknikal di antara Stesen Universiti dan Abdullah Hukum dijangka sehingga tamat waktu operasi,” katanya.

Walau bagaimanapun, Rapid Rail tidak menyatakan sebab berlakunya masalah teknikal tersebut dan memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku.

Sumber: Kosmo, MG, TikTok

Sumber: MG

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.