in

Sesi Persekolahan Mungkin Akan Ditangguh Hingga Krisis Covid-19 Pulih – PM

Sekolah Tangguh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti kita tahu, Perdana Menteri telah mengumumkan tempoh PKP dilanjutkan sehingga 28 April ini. Selain itu beberapa perkara lain turut diumumkan pada Perutusan Khas jam 4 petang tadi, antaranya adalah tentang sesi persekolahan.


Ramai ibu bapa yang menyuarakan kebimbangan mereka tentang hal ini dan mereka berharap sesi persekolahan tidak akan bermula seperti biasa di saat-saat getir sebegini. Sebentar tadi Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan sesi persekolahan mungkin akan dilanjutkan sehingga keadaan kembali pulih.

Cikgu2

Saya juga baca komen-komen ibu-bapa di Facebook. Ramai yang mahu penutupan sekolah dilanjutkan lagi. Ibu-bapa rata-rata bimbang tentang keselamatan anak-anak.”

Jadi, sekolah mungkin tidak akan dibuka lebih awal. Kita mungkin akan tangguhkan dahulu sesi persekolah sehinggakan kita benar-benar yakin keadaan telah kembali pulih.”

Bagaimanapun, beliau mengingatkan agar anak-anak terus belajar di rumah meskipun dalam tempoh sebegini. Menurutnya, Kementerian Pendidikan telah diminta agar melaksanakan inisiatif pembelajaran dari rumah atau home based learning sepanjang tempoh PKP ini dan mungkin juga untuk tempoh seterusnya sehingga sekolah dibuka.

Baca: “Akan diumumkan dalam masa terdekat” – Perusahaan & Kilang Terpilih Akan Dibuka Semula Secara Berperingkat

Sektor Ekonomi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.