in

“Akan diumumkan dalam masa terdekat” – Perusahaan & Kilang Terpilih Akan Dibuka Semula Secara Berperingkat

Sektor Ekonomi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Melalui perutusan khas jam 4 petang tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan tempoh PKP dilanjutkan 2 minggu lagi iaitu dari 15 April hingga 28 April ini. Beliau turut menasihati supaya rakyat sentiasa ingat untuk menjaga jarak sosial, elak daripada pergi ke mana-mana perhimpunan serta tempat awam yang dipenuhi orang ramai.


Selagi virus ini masih ada, amalan penjarakan sosial mesti diteruskan. Kita mesti sentiasa menjaga kebersihan diri. Elakkan sebarang perhimpunan. Hindari tempat yang sesak.”

Bukan itu saja, beliau turut mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju supaya beberapa sektor ekonomi yang terpilih akan dibuka secara berperingkat. Namun, katanya ia bukanlah bermaksud kerajaan melonggarkan perintah kawalan pergerakan ini.

Beberapa sektor ekonomi terpilih akan dibuka semula secara berperingkat dengan garispanduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan yang ketat.”

Pm

Senarai sektor itu akan diumumkan oleh kerajaan dalam masa terdekat dan sebuah jawatankuasa khas kabinet telah diwujudkan bagi meneliti senarai sektor ekonomi itu. Jawatankuasa tersebut dipengerusikan bersama oleh Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Menteri Kanan Pertahanan.

Saya ingin tegaskan bahawa pembukaan beberapa sektor yang terhad ini bukan bermaksud kita melonggarkan perintah kawalan pergerakan. Perintah ini masih berkuatkuasa dan semua arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa mestilah dipatuhi. Jika terdapat pengusaha, kilang atau syarikat yang melanggar peraturan, kerajaan akan menarik balik kebenaran yang diberikan.”

Baca: [TERKINI] PM Umum PKP DILANJUTKAN Sehingga 28 April

Pkp

Sumber: RTM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.