in

Serangan Terhadap 3 Pemain Bola Sepak Guna Modus Operandi Sama Tapi Tiada Kaitan – Polis Bukit Aman

Bola 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas kejadian yang berlaku kepada Akhyar Rashid dan Faisal Halim beberapa hari lepas, Safiq Rahim pula menjadi mangsa serangan individu yang tidak dikenali.


Suspek dikatakan telah memecahkan cermin keretanya di pusat Latihan Johor Darul Ta’zim (JDT), di Sri Gelam malam tadi.

Bagaimanapun, pihak polis mengesahkan ketiga-tiga kejadian ini dipercayai menggunakan modus operandi yang sama namun ianya tiada kaitan antara satu sama lain.

Bola 1
Sumber: kosmo!

Dua suspek ikut mangsa, kes berlaku selang dua hari

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain berkata, ketiga-tiga insiden ini membabitkan dua orang individu yang mengekori mangsa sebelum melakukan serangan.

Artikel berkaitan: Polis Kini Buru Suspek Pecahkan Cermin Kereta Safiq Rahim

Artikel berkaitan: Dakwa Ada Maklumat Kes Simbah Asid Faisal Halim, Polis Cari ‘Muhammad Imran Suresh’

Selain itu, kejadian yang menimpa 3 orang pemain bola sepak tersebut juga berlaku selang dua hari namun ketiga-tiga kes itu tiada kaitan antara satu sama lain.

Ketiga-tiga kes ini berlaku selang dua hari bermula daripada kes pertama (Akhyar Rashid), kes kedua (Faisal Halim) dan kes ketiga (Safiq Rahim), dan kita harap ini yang terakhir.

Bagaimanapun, serangan tersebut tidak dapat dikaitkan antara satu sama lain.

Shuhaily turut menasihati kepada setiap pemain bola sepak profesional untuk mengambil langkah berjaga-jaga walaupun kejadian yang berlaku bukan di tempat yang sama.

Saya ambil kesempatan sekiranya mana-mana pemain bola sepak professional melihat sesuatu tidak biasa daripada  biasanya, ambil langkah berjaga.

Kes diambil oleh Bukit Aman kerana kita lihat dimensi serangan mungkin merentas kontinjen dan untuk menyelaraskan siasatan kita ambil dua kes ditambah semalam, yang ketiga.

Pada 2 Mei lalu, Akhyar Rashid cedera selepas menjadi mangsa samun dalam kejadian di Terengganu dan pada 5 Mei yang lalu, badan Faisal Halim melecur tahap empat selepas diserang menggunakan asid sulfurik pekat di pusat beli belah dekat Kota Damansara.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.