in

Seram! Wanita Terkejut Nampak Kelibat ‘Lembaga Misteri’ Atas Pokok Jam 3 Pagi Masa Berkhemah

Fi Bf Full

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah kejadian yang agak menyeramkan telah berlaku di salah sebuah kawasan perkhemahan sekitar Edenbridge, Kent, United Kingdom. Dipercayai seorang wanita terkejut setelah ternampak satu lembaga sedang merenungnya dari atas pokok lingkungan jam 3 pagi.


Wanita tersebut dipercayai telah berkongsikan footage gambar lembaga tersebut kepada satu channel Youtube MrMBB333.

Lembaga tersebut masih menjadi tanda tanya sama ada ia seorang manusia, binatang ataupun satu ‘entiti’.

Menerusi video tersebut, dikatakan wanita itu perasan akan lembaga tersebut setelah terjaga daripada tidur akibat terdengar bunyi bising dari luar khemah. Lalu, dia keluar bersama kameranya dan menggunakan flash kamera untuk menyuluh ke arah kawasan yang dipercayai punca bunyi bising tersebut.

Secara kebetulan, wanita itu tertangkap gambar lembaga yang menyerupai manusia tersebut sedang ‘bersantai’ merenungnya dari atas sebuah pohon besar berdekatan kawasan khemahnya.

Ada sangkaan yang mengatakan ia kelihatan seperti seorang manusia atau seekor binatang. Namun ada juga yang menyangka ia merupakan satu ‘entiti’ seperti ‘Bigfoot’.

“Jika dilihat, anda boleh nampak ia bukanlah dahan ataupun daun. Tapi ia hampir kelihatan seperti susuk tubuh seorang manusia”- Youtuber

Video yang ditonton lebih 78 ribu tontonan dalam masa sehari itu masih lagi mendapat perdebatan hangat di ruangan komen untuk membuktikan sama ada ianya adalah manusia, binatang ataupun seperti yang dikatakan, Bigfoot.

Baca: Apa tu?-Pemuda Terkejut Nampak Lembaga Putih Semasa Ke Toilet Waktu Tengah Malam, Rupa-Rupanya

Baca Entiti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.