in

“Apa tu?” – Pemuda Terkejut Nampak Lembaga Putih Semasa Ke Toilet Waktu Tengah Malam, Rupa-Rupanya…

Page Telekung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kita semua dah boleh rentas negeri, ramai yang ambil peluang tersebut untuk melepaskan rindu kepada keluarga yang berada di kampung. Lagi-lagi kalau yang masih ada datuk dan juga nenek. Tetapi bila bercakap mengenai rumah kampung yang tradisional, suasana malam pasti akan terasa lebih sunyi.


Sama cerita tentang seorang pemuda yang pulang ke rumah neneknya sejak boleh rentas negeri. Dalam video yang dikongsikan di TikToknya iaitu @zahidswft, terjadi satu kejadian yang mengejutkan dirinya ketika hendak ke tandas di waktu tengah malam.

Disebabkan reka bentuk rumah kampung yang lama, tandas tersebut terletak di belakang dapur dan perlu menuruni tangga. Namun, setibanya pemuda yang dikenali sebagai Zahid itu ke bahagian tandas rumah neneknya, dia dikejutkan dengan satu ‘entiti’ putih.

Ternyata, lembaga putih itu hanyalah sepasang telekung yang digantung oleh neneknya. Tetapi disebabkan keadaan sekeliling yang gelap, Zahid terkejut kerana ternampak sesuatu yang bewarna putih. Uish, kalau Min tu… Dah lari balik masuk bilik… Takut punya pasal…

Telekung Full

Bukan itu sahaja, di bahagian komen juga rancak dengan netizen yang memberitahu bahawa mereka sendiri tidak akan meneruskan langkah mereka untuk ke tandas sekiranya mereka alami situasi yang sama. Malah ada juga yang berkongsikan bentuk tandas rumah nenek mereka yang lebih seram dari rumah nenek Zahid. Macam-macam betul korang ni.. Hahaha…

Nasihat Min, lepas ni kalau mahu ke tandas pada waktu malam pastikan pergi tu berteman okay?  Barulah hilang rasa takut tu…

Baca: “Dah macam hantu!” – [VIDEO] Gadis Bertelekung Main Skuter Malam-malam, Seram Tapi Lawak!

Untitled 7

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.