in

“Sepatutnya tak dapat tapi” – Wanita Mengaku ‘Kawtim’ Dengan Doktor, Guna Dana Kerajaan Buat Braces

Mengaku Salah Guna Dana Kerajaan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita yang dipercayai penjawat awam secara tidak sengaja mendedahkan penyalahgunaan dana bagi tuntutan perubatan dan rawatan.

Pendedahan itu dibuat selepas rakannya bertanya alasan wanita itu memakai pendakap gigi atau braces menerusi sebuah hantaran video di TikTok baru-baru ini.


Menerusi video berdurasi seminit itu, dia mengakui telah menggunakan faedah yang disediakan di tempat kerjanya untuk tujuan rawatan pendakap gigi.

“Majlis punya panel kan banyak, aku manfaatkanlah ke demam ke apa semualah. Braces sepatutnya tak dapat, dikira kosmetik tapi aku ‘kawtim’ dengan doktorlah,” katanya.

Rakannya yang mendengar jawapan itu mengatakan perbualan itu sedang dirakam dan membuatkan wanita itu terkejut, namun responnya seperti tidak mempedulikan kesan pendedahan itu dengan disambut gelak tawa.

“Nak cantik guna kerajaan,” kata wanita itu.

“Bukan hak kita jangan ambil”

Perkongsian video itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen, rata-ratanya mengecam tindakan wanita itu yang disifatkan telah menyalah guna hak yang sepatutnya.

Malah, ada juga netizen yang tag nama pemimpin dan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tatatertib tehadap penjawat awam berkenaan.

Netizen juga mempersoalkan keberkatan menggunakan peruntukan yang diberikan pihak kerajaan kepada penjawat awam.

Screenshot 2023 07 14 104304

Jika benar pendedahan individu itu, memang patut dikenakan tindakan tatatertib untuk dijadikan pengajaran kepada semua.

Baca: SPA Umum Tindakan Tatatertib Baru, Tak Boleh Panggil Rakan Sekerja ‘Sayang’
1Spa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.