in

‘Sentuhan Fizikal Lembut’ Jika Isteri Degil, Tips Timbalan Menteri Untuk Para Suami Ini Undang Perdebatan

Cats 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Siti Zailah ada berkongsikan sebuah video menerusi Instagram berkenaan topik ‘Cara Suami Menegur Isteri’.

Dalam hantaran tersebut, beliau memberi nasihat bahawa suami memainkan peranan dalam mendidik isteri. Namun jika isteri masih tidak mendengar cakap dan degil, Ahli Parlimen Rantau Panjang ini ada berkongsikan beberapa


Sentuhan fizikal lembut tetapi tegas

Antara yang boleh dilakukan oleh suami dalam mendidik isteri jika tidak mendengar cakap adalah memberi nasihat. Namun jika isteri masih berdegil, suami boleh pisahkan tempat tidur selama 3 hari sebagai tanda suami tidak bersetuju dengan apa yang terjadi.

Bagaimanapun, jika si isteri masih berdegil dan mengamalkan perkara yang bercanggah dengan perintah agama, suami boleh menggunakan cara sentuhan fizikal yang lembut dan tidak menyakitkan, tetapi tegas.

1 1 1

Isteri boleh berdoa agar hati suami terbuka

Sambung Siti Zailah, buat para isteri pula, jika suami tidak menjalankan tanggungjawab meskipun sudah dinasihati, isteri dinasihatkan untuk perbanyakkan berdoa agar hati suami terbuka untuk berubah.

https://www.instagram.com/tv/CZ29M4NA5xC/?utm_medium=share_sheet

Undang perdebatan ramai

Perkongsian timbalan menteri ini bagaimanapun mengundang perdebatan ramai pihak yang nyata kurang bersetuju dengan nasihat tersebut.

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah berkata dalam satu ciapan, nasihat yang diberikan oleh timbalan menteri tersebut adalah bertentangan dengan realiti dan keperluan semasa.

Jelas beliau, pandemik hanya menyaksikan peningkatan dalam penderaan domestik dengan sejumlah 9,015 kes dilaporkan – di mana kebanyakannya adalah terhadap wanita.

Didakwa tidak melindungi wanita

Video tersebut turut mendapat perhatian pengguna media sosial yang lain yang turut meluahkan rasa tidak setuju dengan nasihat ‘sentuhan fizikal lembut tetapi tegas’ itu.

Jelas salah seorang pengguna media sosial, dia mempersoalkan kredibiliti Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang didakwa tidak melindungi wanita.

“Tegur tu tak payah naik tangan. Bini tu orang, bukan binatang”, tulis individu ini.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati, rata-rata warganet turut kurang bersetuju dengan kenyataan tersebut yang didakwa akan meningkatkan lagi peratusan penderaan domestik dalam kalangan wanita.

“Tolong la bantu ibu2 tunggal yg kene tinggal laki tak bayar nafkah anak. Itu yg penting”, tulis seorang warganet.

Apa pendapat anda dalam isu ini?

BACA: Panggilan Talian Kasih Meningkat 57%, Penderaan Kanak-Kanak Meningkat Semenjak PKP Dijalankan?

Cats 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.