in

“Senjata makan tuan” – Pencetus Undang-undang Sebat Kepada Penzina Sendiri ‘Kantoi’ Projek Dengan Bini Orang

Hukum Cambuk 1

Bagi sesiapa yang tak tahu, di Aceh sekarang sudah ada satu undang-undang yang menetapkan sebatan kepada pesalah yang melakukan perbuatan zina.

Tujuannya adalah untuk mengurangkan gejala maksiat dan aktiviti pelacuran di wilayah tersebut.

Sejak ia dilaksanakan tahun ini, ramai orang dah kena hukuman yang dilakukan secara terbuka di hadapan umum. Tapi dalam banyak-banyak pesalah, yang ini lain sikit, pendek kata ‘senjata makan tuan’ sebab…

 

Tubuhkan udang-undang baru tapi diri sendiri ‘kantoi’ berzina

Hukum Cambuk
Gambar hiasa (sumber : tribun)

Lelaki yang dikenali sebagai Mukhris ini dikatakan orang yang mencetuskan idea undang-undang hukuman sebatan ini tapi dia sendiri yang kena sebatan tu.

Biasalah tujuan nak buat hukuman ini adalah untuk nak bagi malu kepada pesalah supaya dijadikan sebagai pengajaran bagi membendung kes zina, 

Cuma, lebih malu kalau orang tukang bagi idea, nak hukum orang, tapi diri sendiri yang ‘terciduk.’

Lebih memalukan lagi, Mukhris ditangkap ketika sedang berzina dengan isteri orang! Disebabkan itu Mukhriz telah dijatuhi hukuman sebanyak 28 sebatan di hadapan umum, sementara isteri orang itu dikenakan sebatan sebanyak 23 kali.

Menurut Tribun, Mukhriz merupakan ahli Dewan Ulama Aceh yang menjadi salah seorang pelopor dalam merancang undang-undang Syariah untuk mengenakan sebatan atas kesalahan zina ni.

 

Baca : “Saya nggak salah pak…” – 7 Pasangan Ditahan Buat Pesta Zina di Hotel, Reunion Sempena Aidilfitri 2019

Zina