in

“Senang-senang ambil idea aku” – Jenama Tudung Terkenal Buat Hal Lagi, Dituduh Ciplak Idea Lelaki Ini?

Founder Tuduh Jenama Besar Ciplak Tudung Magnetic

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, sudah banyak kali terdengar kisah mengenai sebuah jenama tudung terkenal di negara ini yang katanya telah menciplak idea dari jenama-jenama kecil.


Meskipun tidak diketahui kebenaran di sebalik tuduhan itu, baru-baru ini, seorang pengasas tudung telah meluahkan rasa kecewanya di TikTok apabila mendakwa jenama tudung terkenal tersebut ‘buat hal lagi’.

Menurut Yusfariq atau lebih dikenali sebagai Abe Yus, dia dilihat menangis teresak-esak apabila memberitahu konsep dan idea serta usaha kerasnya dalam menjayakan perniagaan selama dua tahun telah diciplak jenama besar tersebut.

@yusfariq

?PLEASE STOP COPYING SMALL BUSINESS IDEA. #thejasmine #bawalmagnetic

♬ original sound – Abe Yus ???? | TJ

Yusfariq yang memulakan perniagaan tudung bawal jenis ‘magnetic’ ini juga mendakwa jenama tersebut selama ini telah senang lenang mencuri idea daripada orang lain.

Senang-senang nak ambil idea aku. Dua tahun lebih aku cuba meyakinkan orang ramai, buat R&D sampai kemurungan. 

“Apa yang pelanggan mengadu, aku cuba perbaiki. Tapi aku bersyukur akhirnya hasilkan benda ni. Founder jenama besar ni setiap tahun buat hal,” katanya.

Dia juga pada masa yang sama mengakui pernah kagum sehingga menjadikan pemilik jenama besar itu sebagai idola dalam mencapai kejayaan namun kini semuanya sudah musnah.

 

“I’ll buy your product. Sure ramai support you” 

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang memberi sokongan dan berharap lelaki itu tabah dengan dugaan yang dilaluinya.

Dalam pada itu, ada juga yang menjelaskan tindakan meminta lelaki tersebut membuat paten terhadap tudungnya memang bagus, namun kosnya sangat tinggi dan agak mustahil jenama kecil punya wang yang banyak untuk menelan kos tersebut.

Tudung Diciplak Komen

 

“COPYCATTT” 

Dalam pada itu, hasil tinjauan penulis mendapati Instagram jenama tudung terkenal itu telah diserang netizen yang mana rata-rata meninggalkan komen mengecam tindakan jenama tersebut menciplak idea daripada Yusfariq.

Jenama Besar Copycat Jenama Kecil

Komen Instagram Lilit

Sehingga kini, jenama yang didakwa menciplak idea tudung magnetic ini masih belum mengeluarkan sebarang penjelasan.

Apa-apapun diharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan baik oleh kedua-dua belah pihak.

Baca: Jenama Vivy Yusof, dUck Sekali Lagi Dituduh Plagiat Jenama Tudung Instant Terkenal, Bokitta

Tiru Bokkitta

Sumber: Tiktok
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.