in ,

Senang sangat! Guna 3 Bahan Je Untuk Bersihkan Contengan Anak-anak Kat Dinding

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ramai parents yang buntu tak tau nak buat apa bila tengok anak-anak dorang conteng dinding kan. Nak marah pun dah tak guna sebab benda dah jadi dan kanak-kanak tu pun sedang membesar so memang kreatif lain macam. 


Jangan risau, sebab kali ni ada pengguna Twitter, @nawalhuder telah kongsikan tips yang boleh korang gunakan untuk bersihkan balik dinding rumah korang. Guna tiga bahan je, memang senang sangat!

Tiga bahan tersebut ialah: 

#1 Cream Cif

#2 Air

#3 Sponge hijau

Cara-caranya pun senang je. Mula-mula, korang perlu tonyoh dinding yang kotor dengan menggunakan cream cif dan span hijau. Tapi, jangan tonyoh kuat sangat sebab katanya cat boleh tercabut. 

Lepas contengan tu dah hilang, bilas span tadi dengan air bersih dan lap dinding sehingga bersih. Insya allah, contengan yang degil tu akan hilang dan dinding korang akan nampak macam baru.

Boleh lah try buat kat rumah. Kita pun dah nak raya dua hari lagi so mesti lah nak hias rumah kan. Selamat mencuba! 

Baca: “Sebelum ni susah betul nak tanggal” – Wanita Kongsi Tips Sental Kuali Hitam, Senang Je Rupanya 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.