Bawa kereta ni kan, pasti akan berlaku kemalangan pada waktu yang tak diduga, malah, kebarangkalian berlaku persengkataan itu sangat-sangat lah tinggi.
Boleh dikatakan jarang lah berlaku macam dekat dalam satu video dari TikTok ni dimana seorang wanita tak sengaja terlanggar kereta depan tetapi orang yang dilanggar itu sangatlah baik.
“This is why maintenance is very important. Not just with cars, but with everything in life.”
Katanya kepada WORLD OF BUZZ, semasa kejadian berlaku pada 23 Februari lepas, Shuhada Mohamad, 27 tahun sedang dalam perjalanan ke tempat kerja dan kemalangan kecil itu berlaku di Lebuhraya Persekutuan kira-kira jam 10 pagi.
@_shuhadamohamad “This is why maintenance is very important. Not just with cars, but with everything in life.” #accidentally #lessonlearned
Disebabkan terlalu banyak kereta dan aliran perlahan pastinya perlu banyak break, tetapi ada satu masa tu dia tak perasan yang brek kereta dia tu ‘tak makan’ sangat dan dia terlanggar kereta depan.
Sudah semestinya rasa panik dan gelisah menyelubungi diri, Shuhada terus keluar dari kereta untuk meminta maaf dengan bersungguh-sungguh kerana bimbang bahawa pemandu di hadapannya itu akan maki hamun dan memarahinya.
Walau bagaimanapun, pemandu tersebut yang agak sibuk pada masa itu tidak melatah dan sedar bahawa Shuhada ini begitu resah.
Disebalik memarahinya, pemandu tersebut cuba menenangkan Shuhada dan mengatakan bahawa
“Tak apa, sikit je ni. Tak apa, semua orang buat silap.”
Mereka bertukar nombor telefon sebelum pergi. Menurut sumber, pemandu tersebut sudah ke bengkel untuk membaiki keretanya dan ia membuatkan Shuhada rasa terharu apabila pemandu tersebut tidak meminta sebarang bayaran ketika menghubunginya.
Katanya, dia turut bersyukur kerana berjumpa dengan insan yang berhati mula ini. Sebagai pengajaran, Shuhada meminta orang ramai agar kerap periksa keadaan kereta dan sentiasa ‘menjaga’ penyelenggaraannya.
Seperti dalam kejadian yang menimpa kepada dirinya ini, Shuhada menjelaskan bahawa ia berpunca daripada break pad yang dah haus.
Baca : Terus Cabut Nombor Plat Lepas Dilanggar Kereta, Ramai Terkejut Dengan Tindakan Lelaki Ini