in

Terus Cabut Nombor Plat Lepas Dilanggar Kereta, Ramai Terkejut Dengan Tindakan Lelaki Ini

Page Kereta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah atau tak korang ada pengalaman kemalangan jalanraya? Sama ada sendiri mengalami kemalangan atau kejadian itu berlaku depan di mata.


Bila dah terjadi kemalangan sebegitu, maklumat penting antara mangsa dengan pesalah sangat diperlukan untuk membuat laporan dalam usaha untuk menyelesaikan masalah dengan adil antara kedua-dua pihak.

Baru-baru ini, tular di TikTok tentang klip video yang memaparkan tindakan spontan seorang lelaki yang mencabut nombor plat milik kereta yang telah melanggar belakang keretanya ketika jalan sedang sesak.

@redzwanshah

haihhhhh kawan kawan aku ni pun …. baran tak bertempat la ??

♬ original sound – RedzwanJanda – RedzwanJanda

Difahamkan pemandu kereta Proton Saga itu tidak keluar dari keretanya selepas melanggar kereta lelaki itu di bahagian bumper belakang. Dek kerana terlampau geram agaknya, lelaki itu bertindak dengan mencabut nombor plat sebelum masuk semula ke dalam keretanya.

Tindakan yang tidak dijangka dari lelaki itu ternyata membuatkan ramai yang terkejut kerana belum pernah dibuat orang untuk mencabut nombor plat kereta semata-mata untuk menyelesaikan masalah berikutan kemalangan kecil itu.

“Dia nak terus bagi polis no plat ni yg langgar malas ckp bnyak” – Komen netizen

Car Full

Menurut K! Online, kejadian mengejutkan yang turut dianggap sebagai menghiburkan itu berlaku di sebuah lebuhraya di Sungai Buloh namun tidak dapat dikenalpasti masa dan juga lokasi tepat insiden tersebut terjadi.

Korang semua make sure hati-hati okay kalau bawa kereta? Lagi-lagi kalau tengah hujan, kena double jaga keselamatan…

Baca: “Humanity comes first” – [VIDEO] Respect! Tindakan Aunties India Bantu Ibu Lahirkan Anak Dalam Kereta Dipuji

Page Bersalin

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.