Mengejutkan namun mungkin ada sebab kerajaan Arab Saudi tampil dengan keputusan ini.
“Lelaki dan wanita warga asing dibenarkan menyewa bilik hotel bersama di Arab Saudi tanpa perlu buktikan mereka mempunyai hubungan”
Keputusan mengejut itu dibuat Arab Saudi selepas pentadbiran Diraja Konservatif itu perkenalkan visa baharu untuk menarika pelancong, menurut Berita Harian.
Katanya perlaksanaan itu termasuk juga kepada wanita tempatan, iaitu mereka dibenarkan menyewa bilik hotel bersendirian, berbeza dengan peraturan sebelum ini.
Langkah itu dilihat dapat memberi keselesaan dan kemudahan kepada wanita yang melancong bersendirian selain kepada pelawat asing yang tidak berkahwin untuk tinggal bersama di negara Teluk tersebut.

Bagaimanapun Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan kebangsaan Arab Saudi mengesahkan yang semua rakyat negara itu perlu menunjukkan kad pengenalan keluarga atau bukti hubungan jika daftar masuk hotel.
“Perkara ini tidak disyaratkan kepada pelancong asing. Semua wanita termasuk rakyat Arab Saudi boleh menempah dan tinggal di hotel bersendirian, namun perlu menunjukkan kad pengenalan ketika mendaftar masuk.”
Minggu lalu Arab Saudi telah buat keputusan membuka pintu seluas-luasnya kepada pelancong asing dari 49 buah negara dengan tujuan untuk mempelbagaikan ekonominya selain meningkatkan sektor berkenaan.
Malah para pelancong juga kini tidak perlu memakai jubah hitam secara keseluruhannya asalkan pakaian yang dipakai sopan, namun alkohol masih dilarang.

Husnuzon yer kawan-kawan.