in

“Di Padang Mahsyar nanti ade ke pakej VVIP ni semua?” – Lelaki Dedah Keadaan Di Arafah Tiap Kali Wukuf, Pakej VVIP Cecah Ratusan Ribu

Featured 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Kerjakanlah ibadat haji dan umrah dengan sempurna dan lengkap, secara lahiriyah. Ia dilakukan dengan menunaikan syariat dan rukun menurut yang sepatutnya. Sementara secara batiniah, ia dilaksanakan dengan penuh keikhlasan kerana Allah SWT dan bukan dengan tujuan untuk mencari sumber pendapatan menerusi dagangan atau menarik pujian orang dan nama. Meskipun begitu, dibenarkan berdagang dilakukan secara ikhlas, tetapi tujuan sebenar ke Mekah bukan untuk berdagang.” Tafsir al-Maraghi (1/393).


Jutaan umat islam dari serata dunia kini berkumpul di Tanah Suci, Mekah bagi menunaikan ibadah haji, rukun islam yang kelima.

Dan satu daripada rukun yang dianggap sebagai kemuncak kepada ibadat haji, iaitu wukuf di Arafah, sebagai mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Haji itu, salah satu daripada rukunnya ialah wukuf di Arafah”.

Tapi, apa yang dikongsikan Kamal Hisham Jaafar JFK mengenai suasana di Padang Arafah nyata mengejutkan ramai pihak.

 

SUASANA PADANG ARAFAH AMAT BERBEZA, pakej- pakej VVIP sehingga mencecah RM250 ribu seorang bukanlah satu perkara yang baru…

SUASANA PADANG ARAFAH AMAT BERBEZA, pakej- pakej VVIP sehingga mencecah RM250 ribu seorang bukanlah satu perkara yang…

Posted by Kamal Hisham Jaafar JFK on Friday, August 9, 2019

 

SUASANA PADANG ARAFAH AMAT BERBEZA, pakej- pakej VVIP sehingga mencecah RM250 ribu seorang bukanlah satu perkara yang baru. Travel-travel Agen yang kendalikan pakej pakej mewah telah mula meletakkan harga harga pakej yang tidak munasabah dan menekan bagi golongan yang pentingkan keselesaan. Kenangan kenangan di Arafah sentiasa segar di dalam ingatan setiap kali Hari Wukuf tiba.

APA YANG MENGECEWAKAN setiap kali harga pakej yang telah dipersetujui pasti akan diminta bayaran tambahan yang tidak munasabah atas ALASAN “Orang dalam kedutaan Saudi minta “RASUAH” untuk buat endorsement pada visa walaupun kelulusan Kementerian Luar Saudi telah ada. Mungkin SPRM patut melihat perkara ini kerana keadaan ini semakin meruncing. Untuk mendapatkan quota visa furada perlu membayar sehingga 16 Ribu DAN untuk keluar passport yang diendorsed oleh Konsul Haji perlu BAYAR TUNAI sebanyak RM 18 ribu lagi. Ini adalah bayaran bayaran yang tidak sepatutnya wujud. APAKAH MEREKA TIDAK TAKUT pada hari pembalasan?

Terkejut kan? Namun itulah realiti pada masa kini. Mungkin tujuan untuk memberi keselesaan kepada jemaah dan mungkin juga ada alasan yang lain…wallahualam.

Ini antara pandangan netizen mengenai perkara tersebut.

 

“..sedangkn salah satu tujuan kita semua umat islam seluruh dunia berkumpul tak kira warna kulit,darjat, dgn satu pakaian yg sama,satu ibadah…demi menyatakan yg kita adlh sama di sisi Allah, tetapi…” 

1 14

2 13
Sumber: facebook

Semoga kita diberi peluang untuk menjadi salah seorang tetamu-NYA nanti..amin

Baca : Bapa 70 Tahun Sanggup Guna Simpanan Haji Untuk Jamin Anak, Perkongsian Peguam Ni Pasti Buat Korang Menangis

Haji

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.