Sikap perpaduan yang harus diterapkan bagi rakyat Malaysia ini tak semestinya sesama kaum, bahkan menghormati agama lain juga memang penting.
Baru-baru ini PU Syed menzahirkan rasa terkilan menerusi Instagram apabila ada pengguna Tik Tok yang seolah-olah tidak sensitif dengan agama lain.
Sekali tengok rasa nak marah, tapi bila difikir-fikirkan.. – PU Syed
https://www.instagram.com/p/BtnVf45BOV_/?utm_source=ig_web_copy_link
3 video Tik Tok laungan azan, bacan surah dan talbiah dilakukan oleh sami beragama buddha ini telah menyinggung perasaan ramai pihak terutamanya bagi mereka yang beragama islam.
Namun begitu, sebagai umat islam yang menolak kekerasan dan menekankan kedamaian, sudah semestinya PU Syed tidak melatah. Sebaliknya, menegur dengan baik dan berharap agar individu tersebut mendapat hidayah..
“Semoga hidayah Allah kurniakan kepada sami ini.
Dia boleh smule dgn mengikut azan, talbiah dan bacaan alquran.. Sekali tengok, memang Nampak mcm nak marah, tapi bila fikir2kan.. Semoga dgn tidak sedar dia mengucap dua kalimah syahadah..”
Kebanyakkan netizen juga bersetuju dan husnuzon dengan sami ini. Tak dinafikan ada yang marah.
Semoga diberi hidayah – Netizen
Siapa sahaja tak marah bila tengok sikap mereka yang tak sensitif terhadap sesuatu agama ni. Tapi macam PU Syed cakap, kita hanya berdoa sajalah.
Usahlah tunjukkan rasa berang yang hanya mampu memecah belahkan perpaduan sahaja.
Baca : “Jika saya ampu kerajaan, mesti tak sekat” – PU Syed Tak Kisah ‘Dibanned’ TV & Radio Mulai 2019