Tahun ini boleh dikatakan antara tahun yang menyaksikan ramai di kalangan artis Malaysia berhijrah ke arah yang lebih baik dan memilih untuk memakai hijab.
Namun bukan artis Malaysia je macam tu kerana Sana Khan, pelakon popular Bollywood juga telah mengambil keputusan untuk berhijrah dan memberitahu bahawa dia bakal meninggalkan dunia hiburan buat selama-lamanya.
https://www.instagram.com/p/CDdVWU4gyvi/
Menurut Hindustan Times, Sana yang terkenal dalam filem Salman Khan, Jai Ho ini telah memadam kesemua gambarnya di Instagram yang mengaitkannya dengan dunia Bollywood.
Malah menerusi posting terbarunya di Instagram, dia memberi bayangan yang dia tidak ingin lagi berkecimpung dalam industri hiburan dan mahu mendekatkan diri dengan agama.
https://www.instagram.com/p/CGFm-Q-AFEh/
Dia juga berharap keputusannya itu tepat dan berdoa semoga Allah menghapuskan dosa-dosa yang pernah dia lakukan sebelum ini.
“Saya minta pada semuanya untuk mendoakan supaya Allah menerima taubat saya dan memberi saya kemampuan untuk meneruskan hidup.
“Sesuai dengan tekad saya untuk menghabiskan hidup mengikuti ajaran pencipta dalam melayari kehidupan sebagai manusia.
“Ingin saya menyatakan mulai hari ini dan seterusnya, saya telah memutuskan untuk mengucapkan selamat tinggal pada gaya hidup hiburan saya selamanya,” katanya.
https://www.instagram.com/p/CCc8oTTgBFy/
https://www.instagram.com/p/CF6rTKbAlbj/
Sana memulakan karier seninya sejak tahun 2005 dan telah membintangi puluhan filem serta siri drama televisyen.
Dia juga kebelakangan ini sering tersenarai sebagai calon dalam program anugerah terbesar di India dan Asia.
Semoga dia mendapat ketenangan dan kebaikan dalam melalui penghijrahan baru dalam hidupnya ini.
Baca: “Sedap mata memandang” – Ini 8 Selebriti Yang Mula Berhijab Tahun 2020