in

“Sedap mata memandang”- Ini 8 Selebriti Yang Mula Berhijab Tahun 2020

Featured 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terasa masa berlalu dengan begitu cepat, kini sudah bulan September tinggal beberapa bulan lagi tahun 2020 akan menutup tirai.


Pelbagai perkara yang dapat kita saksikan di negara ini lebih-lebih lagi apabila negara turut terkesan dengan wabak Covid-19 yang sehingga kini masih lagi melanda negara.

Namun mungkin ramai yang terlepas pandang, hikmah tahun 2020 ini apabila ramai selebriti wanita di negara ini mula mengenakan hijab.

8 selebriti wanita yang kini berhijab!

#1 Dahlia Shazwan

View this post on Instagram

Balik balik color ni

A post shared by Dahlia Shazwan (@dahliashazwan) on

Gadis Trivago ini mula mengenakan hijab sepenuhnya pada Februari 2020 iaitu selepas pulang dari menunaikan umrah.

Katanya keputusan ini dibuat ketika bulan Ramadhan namun memilih untuk mengenakan hijab lebih awal.

Walaupun sudah berhijab, Dahlia masih meneruskan kerjayanya dalam bidang pengacaraan.

#2 Ernie Zakri

Penyanyi bersuara lunak, Ernie Zakri mula mendedahkan dirinya kini berhijab pada Mac tahun ini di instagram miliknya.

Jujurnya saya masih dalam proses membiasakan diri. Ikutkan, saya dah lama menyimpan niat mahu berhijab. Cuma kekuatan melakukan perubahan makin mencengkam diri selepas kita diuji dengan musibah penularan wabak COVID-19”

Meskipun berhijab ia tidak menghalang Ernie daripada meneruskan kerjayanya dalam bidang nyanyian.

 

#3 Sharifah Shahirah

Pelakon, pengacara dan penyampai radio popular ini mula mengenakan hijab sejak hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan iaitu pada 18 Mac 2020.

Dia yang mesra disapa Rara yang juga kakak kepada pelakon Sharifah Sakinah memilih untuk mengenakan hijab selepas menyedari wabak Covid-19 yang menyerang dunia merupakan dugaan daripada Allah swt.

Gudjob Rara!

 

#Cik Manggis

Dia yang merupakan ahli kumpulan De Fam ini berkongsi gambarnya mengenakan hijab di instagram miliknya pada Jun 2020.

Malah ramai memuji, Cik Manggis nampak lebih cantik setelah mengenakan hijab. Namun kerjaya dalam bidang seni tetap diteruskan meski sudah berhijab.

 

#FatiaLatiff

Nama Fathia sebelum ini memang panas dengan isu-isu yang berkait tentang dirinya. Tahun 2016 dia memilih untuk menganakan hijab namun membuat keputusan untuk tidak kembali berhijab pada 2019.

Namun pada Jun 2020 Fathia dilihat kembali dengan imej bertudung, malah gambar-gambar tidak memakai tudung di instagramnya turut dipadam.

 

#Kilafairy

View this post on Instagram

But today, I just feel HOPEFUL.⠀ ⠀ I’ve been absolutely disgusted with the amount of hate revealed in people’s hearts while at the same time, I’ve been blown away by the willingness to learn and the eagerness to do better and BE BETTER.⠀ ⠀ I realized I have two choices: I can continue to drown in the negativity and let the hate consume me, OR I can set the tone for the change I’d like to see in the world and LEAD BY EXAMPLE.⠀ ⠀ I will not stop using my voice.⠀ I will not stop providing resources to help educate.⠀ I will not stop taking action to create real, lasting change.⠀ ⠀ But in order to make the most impact, I have to remember to take care of myself mentally and physically, first. Take time to feel the emotions, and then let them drive your ACTION.⠀ ⠀ I know I’m acting as my best self when I’m training, fueling my body, and cheering on my incredible athletes. I’m bringing movement, positivity and LIGHT back to this page so get ready, sis.⠀ ⠀ When it comes to fitness, life and justice…⠀ ⠀ Order today at⠀ https://www.kilafit.co/⠀ ⠀ #KILAFIT⠀ #WeAreWorthIt⠀ #KILAFITMALAYSIA⠀

A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on

Siapa tak kenal dengan selebriti berdarah kacukan, Kilafairy. Kila mengejutkan ramai pihak lepas dia memuatnaik gambarnya memakai hijab pada Jun 2020.

Kila yang sebelum ini dikenali dengan imej seksi tampil dengan imej muslimah, malah ramai yang berkongsi kata-kata positif akan ‘penghijrahan’ Kila.

Malah video reaksi ayahnya yang menangis selepas melihat perubahan anaknya itu turut menjadi viral selepas dimuatnaik oleh Kila.

*Semoga terus istiqomah Kila!

 

#MawarRashid

Mawar mengikut jejak langkah rakan-rakannya yang lain apabila mula mengenakan hijab pada Ogos lalu.

Penghijrahannya ini dilakukan pada 2 Muharram dan Jumaat pertama tahun baru islam.

 

#Hannah Delisha

View this post on Instagram

Bismillah?

A post shared by Hannah Delisha (@hannahdelisha) on

Hannah menjadi selebriti wanita paling terkini yang mengenakan hijab iaitu pada awal bulan ini.

Katanya dia sudah lama simpan hasrat tersebut sebelum ia direalisasikan pada bulan ini. Malah dia merasakan jiwanya lebih tenang selepas berhijab.

Sumber : buzzkini

 

Wahh! Makin cantik dorang lepas berhijab kan 

Baca : Cantiknya; Padam Semua Gambar Freehair Di IG, Ramai Netizen Terpegun Bila Dapat Tahu Kilafairy Mula Berhijab

Baca 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.