in

“Semoga Allah beri hidayah” – Lengkap Berihram, Shah Rukh Khan Tunai Umrah Buat Kali Pertama

Shahrukh Kan Buat Umrah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun selalu melakonkan watak lelaki beragama Hindu, tidak ramai yang sedar rupanya bintang mega Bollywood, Shah Rukh Khan sebenarnya seorang Muslim.


Baru-baru ini, tular di Facebook memaparkan Shah Rukh Khan (SRK) kini berada di Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah buat pertama kali, sejak kelmarin.

Glad to know that Shahrukh Khan, the Indian Film star performing Umrah!May Allah guid us and him to His straight path

Posted by Dr Muhammad Salah on Thursday, December 1, 2022

 

Menurut Kosmo, SRK yang dilihat memakai pelitup muka itu memakai ihram dan diiringi oleh beberapa orang lelaki yang dipercayai pengawal peribadinya.

Meskipun wajahnya tidak kelihatan, ramai di kalangan jemaah yang berada di situ mengenalinya.

Pelakon itu juga katanya terus mengerjakan umrah selepas siap menjalani penggambaran filem bertajuk Dunki di Arab Saudi, lapor sumber.

Berdasarkan perancangan, selepas mengerjakan ibadah tersebut, suami kepada Gauri Khan ini akan menyertai Festival Filem Red Sea di Jeddah.

“Semoga Allah berikan dia hidayah…” 

Foto yang tular di media sosial itu telah mengundang pelbagai komen positif terhadap pelakon terkenal tersebut dan kebanyakannya mendoakan semoga SRK dapat menjalani ibadahnya dengan lancar.

Dunya

Terdahulu, SRK juga pernah meluahkan hasratnya dalam satu wawancara untuk menunaikan ibadah haji bersama anak-anaknya iaitu Aryan dan Suhana.

Semoga SRK tenang dalam melakukan ibadahnya. Kita doa yang baik-baik ye. 

Baca: “Bukan Muslim ke?” – Tindakah Shah Rukh Khan Kongsi Foto Patung Ganesha Buat Ramai Terkilan

Patung

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.