in

Semak 7 Fakta Menarik Tentang Filem Charlie & The Chocolate Factory, Rupanya Guna 1,850 Bar Coklat Sebenar!

F2 Charlie Factory

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Filem popular lakonan Johnny Depp dan Freddie Highmore iaitu Charlie and the Chocolate Factory sememangnya popular dalam kalangan kanak-kanak dan remaja terutamanya pada sekitar tahun 2000.


Charlie F 6

Tapi min yakin, mesti ada ramai lagi antara korang yang tak tahu beberapa trivia tentang filem tu kan? Ha, jom kita semak satu-satu.

#1 Ada sebanyak 1,850 bar coklat sebenar digunakan dalam filem ini

Disebabkan latar tempat filem ini ialah di sebuah kilang coklat Willy Wonka, sudah semestinya ribuan coklat diperlukan sebagai prop.

Menariknya, menurut TheThings.com, syarikat makanan terkemuka dunia iaitu Nestle telah membekalkan lebih kurang 1,850 bar coklat sebenar untuk digunakan dalam filem arahan Tim Burton ini.

Charlie F 5

Walaupun para pelakonnya dibenarkan untuk makan coklat tersebut, namun disebabkan terlalu banyak, dorang sendiri pun dah muak nak makan semua tu. 

#2 Pelakon watak Augustus Gloop pakai kostum gemuk untuk karakternya

Kalau korang die-hard fan Charlie & the Chocolate Factory, mesti korang perasan kewujudan satu watak budak gemuk yang tamak dalam cerita ni iaitu Augustus.

Charlie F 3

Difahamkan, pelakon watak itu iaitu Philip Wiegratz perlu memakai sut gemuk untuk menjadi chubby seperti yang diinginkan untuk watak berkenaan.

#3 Sungai coklat juga diperbuat daripada coklat 

Pengarah filem ini iaitu Tim Burton telah menggunakan 192,000 gelen coklat tiruan yang telah dicairkan untuk babak sungai coklat di dalam kilang itu.

Ini kerana dalam filem terdahulu iaitu Willy Wonka & the Chocolate Factory, sungai berkenaan telah dibuat menggunakan campuran krim, coklat sebenar dan air namun ia telah mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan tidak lama kemudian.

#4 Pelakon watak Violet Beuregarde alami masalah sakit rahang 

Watak Violet Beuregarde lakonan AnnaSophia Robb pula memerlukan pelakon itu mengunyah gula-gula getah sepanjang hari namun menurut IMDb, dia kemudiannya telah mengalami sakit rahang akibat babak itu.

Charlie F 2

#5 110,000 bar coklat plastik juga turut digunakan dalam filem

Dalam masa yang sama, sebanyak 110,000 bar coklat plastik juga digunakan. Coklat palsu ini kemudiannya dibalut dengan kertas pembalut Wonka supaya nampak macam coklat betul.

Mesti penat kan nak balut ribuan coklat ni. 

#6 Bot Willy Wonka mengambil masa selama 20 minggu untuk disiapkan 

Dalam babak sungai coklat, sebuah bot berwarna merah jambu telah digunakan dan bot itu memang bot sebenar yang boleh terapung kerana pihak produksi tidak menggunakan CGI untuk scene ini.

Charlie F 1

#7 40 ekor tupai telah dilatih 

Dalam filem ini, ada satu babak yang popular iaitu di mana watak Veruca Salt yang dilakonkan oleh Julia Winter telah ditarik oleh tupai.

Scene ni memang kelakar sebab tupai-tupai tu kan ada lompat-lompat jugak atas badan kanak-kanak tu.

Charlie F 4

Difahamkan, tupai-tupai itu telah dilatih khas selama beberapa bulan supaya dapat aksi yang diinginkan. Walau bagaimanapun, ada juga sesetengah daripada tupai itu hanyalah animatronic.

Best nya la kan kalau kilang coklat Willy Wonka ni betul-betul ada di dunia nyata, boleh la kita melawat & makan coklat banyak-banyak.  

Sumber: TheThings.com

Baca: Peminat Harry Potter Wajib Tahu! Ini 7 Fakta Menarik Tentang Behind The Scenes Filem Itu 

Charlie Factory 1

Sumber: IMDb
Sumber: IMDb
Sumber: IMDb
Sumber: IMDb
Sumber: IMDb
Sumber: IMDb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.