Zaman sekarang ni orang sanggup lakukan apa sahaja sekiranya hubungan tak direstui, malah ada yang sampai ke tahap membunuh diri.
Seperti yang berlaku di India ni, kerana hubungan tak direstui pasangan merpati dua sejoli ini sanggup membunuh diri.
Memetik Mirror, pasangan itu didakwa bergambar dengan pistol sebelum dilaporkan membunuh diri.
Pasangan tersebut dikenali sebagai Anju Suthaar dan Shamkar Chaudhary masing-masing berusia 21 tahun.
Dilaporkan Anju sudah berkahwin hampir 2 bulan dengan lelaki lain atas restu keluarga, meskipun dia sedang menjalin cinta dengan Shamkar.
Lebih menyedihkan apabila kedua-dua mereka sempat memuatnaik gambar dan video terakhir mereka di media sosial sebelum menamatkan riwayat masing-masing.
Tak cukup dengan itu, polis turut menemui rakaman audio yang menyatakan mereka jatuh cinta antara satu sama lain.
Insiden malang itu dilaporkan berlaku di kawasan perkampungan Leelasar di Jaisalmer.
Siasatan polis mendapati sebelum kejadian itu, pasangan kekasih tersebut dilaporkan dalam keadaan mabuk yang teruk.
Malah polis juga mendapati Anju dan Shamkar mempunyai tatu dan sebentuk cincin yang sama pada tangan mereka.
Sebab itu pepatah ada menyebut, ikut hati mati ikut rasa binasa..semoga kisah ini jadi pengajaran buat kita semua.
Baca : 4 Nota Akhir Yang Ditinggalkan Selebriti Kpop Sebelum Bunuh Diri!