in

Selepas Sg Buloh, Hospital Ampang Kini Jadi Hospital Khusus Covid-19 di Selangor

Ft Hospampang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun selepas 3 minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan, kes harian masih 4 angka dan tidak menunjukkan penurunan yang banyak. Makin membimbangkan lagi apabila Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) terus meningkat sekali gus membuatkan kadar penggunaan katil ICU untuk merawat pesakit Covid-19 melebihi 100 peratus.


Kes1

Terbaru, Hospital Ampang dilaporkan telah diubah menjadi hospital khusus Covid-19 berkuat kuasa semalam, 23 Jun dan menjadikan ia hospital Covid-19 penuh yang kedua di Selangor selepas Hospital Sungai Buloh.

Menurut Malaysiakini, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah memutuskan untuk menukar status hospital itu daripada Hospital Hybrid Covid-19 kepada Hospital Covid-19 bermula serta merta semalam.

Pengarah Kesihatan Selangor Sha’ari Ngadiman berkata,

Keputusan ini diambil berikutan peningkatan kes harian Covid-19 yang tinggi terutamanya yang melibatkan pesakit kategori 3 dan ke atas secara berterusan di Zon Wilayah Tengah.”

Kes1 1

Jumlah kes harian yang tinggi di Selangor menyebabkan purata penggunaan katil hospital sedia ada melebihi tahap maksimum. Keadaan itu turut menyebabkan pusat kuarantin berisiko rendah MAEPS sukar untuk merujuk pesakit yang memerlukan rawatan di hospital.

Dengan penukaran status Hospital Ampang itu, kini semua rujukan pesakit bukan Covid-19 dari kemudahan lain ke hospital berkenaan harus dihentikan buat sementara waktu.

Sebelum ini, Hospital Sungai Buloh terlebih dahulu dijadikan hospital khusus Covid-19 utama di Selangor pada bulan Mac 2020, ketika awal penularan wabak ini.

Baca: “Walaupun kes baru berkurang lepas PKP dilaksanakan tapi kes Covid-19 di ICU meningkat” – Dr Noor Hisham

Ft Katilicu 1

Sumber: Bernama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.